KUALA LUMPUR: Kerajaan mengisytiharkan 63 premis tambahan milik institusi, sektor awam dan hotel bertaraf lima bintang, sebagai stesen kuarantin, selaras Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).
Menerusi warta kerajaan yang diterbitkan mengikut kuasa perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, berkuat kuasa semalam itu, ia antara lain merangkumi beberapa lokasi pusat kuarantin di Kedah, Perak, Pahang, Sabah, Pulau Pinang, Sarawak, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan, Selangor dan Johor.
Pengisytiharan Stesen Kuarantin (No 6) 2020 itu dibuat oleh Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, menerusi warta kerajaan mengikut Seksyen 2 Akta 342.
“Pada menjalankan kuasa yang diberikan oleh Seksyen 2 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342), menteri mengisytiharkan tempat yang dinyatakan dalam Jadual sebagai stesen kuarantin,” mengikut warta itu.
Pertambahan 63 premis itu menjadikan jumlah keseluruhan tempat yang diisytiharkan sebagai pusat kuarantin COVID-19 sehingga kini adalah 472 premis.
Berikut adalah senarai 63 premis baharu yang diwartakan:
1. Stadium Sultan Abdul Halim, Alor Setar, Kedah
2. Akademi Pembangunan Belia Malaysia Batu Gajah, Siputeh, Perak
3. Fakulti Perubatan Universiti Teknologi MARA Kampus Teluk Intan, Perak.
4. Arena Badminton Ipoh, Perak
5. Stadium Indera Mulia, Ipoh, Perak
6. Institusi Tadbiran Islam, Ipoh, Perak
7. Kolej Kejururawatan Kuantan, Pahang
8. Hotel The Cool Point, Tanah Rata, Pahang
9. Hotel Monaco Boutique, Tanah Rata, Pahang
10. Institusi Pengajian Islam dan Dakwah Sabah, Keningau
11. Linawa Hostel, Kompleks Sukan Ranau, Sabah
12. Rumah Rehat Sri Aman, Sarawak
13. Rumah Temuai Nanga Merit, Kapit, Sarawak
14. Pusat Giatmara Wilayah Persekutuan Labuan
15. Hotel Adya Chenang, Langkawi, Kedah
16. Tanjung Rhu Resort, Langkawi, Kedah
17. Golden Sands Resort by Shangri-La, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
18. Rainbow Paradise Beach Resort, Tanjung Bungah, Pulau Pinang
19. Felda Residence Trolak, Sungkai, Perak
20. Best Western Petaling Jaya, Selangor
21. COOP Hotel Putrajaya dan Cyberjaya, Dengkil, Selangor
22. Dorsett Grand Subang, Subang Jaya, Selangor
23. Four Points by Sheraton, Puchong, Selangor
24. FOX Lite Hotel Dpulze-Cyberjaya, Selangor
25. Hilton Garden Inn, Puchong, Selangor
26. Hilton Petaling Jaya, Selangor
27. Palace of the Golden Horses, Seri Kembangan, Selangor
28. Hotel Sunway Clio, Petaling Jaya, Selangor
29. Hotel Sunway Pyramid, Petaling Jaya, Selangor
30. Qliq Damansara, Petaling Jaya, Selangor
31. Dorsett Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya
32. Ancasa Express @ Pudu, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
33. Cosmo Hotel Kuala Lumpur
34. Four Points by Sheraton Kuala Lumpur
35. Furama Bukit Bintang, Kuala Lumpur
36. Grand Millenium Kuala Lumpur
37. Hilton Kuala Lumpur
38. Holiday Inn Express Kuala Lumpur
39. Hotel Royal Kuala Lumpur
40. Ibis Kuala Lumpur
41. Ibis Styles Kuala Lumpur Business Park
42. Hotel Impiana KLCC, Kuala Lumpur
43. J-Hotel by Dorsett, Kuala Lumpur
44. Living at Dsulaiman, Kuala Lumpur
45. Hotel Plaza Grand Kuala Lumpur
46. Hotel Premiera Kuala Lumpur
47. Ramada Suites Kuala Lumpur
48. Silka Cheras, Kuala Lumpur
49. Swiss-Inn Kuala Lumpur
50. The Pearl Kuala Lumpur
51. Hotel Cyrstal Crown, Johor Bahru, Johor
52. Felda Residence, Tanjung Leman Mersing, Johor
53. Hotel Hallmark Regency, Johor Bahru, Johor
54. Hotel Millesime, Johor Bahru, Johor
55. Hotel New York, Johor Bahru, Johor
56. Swiss-Inn, Johor Bahru, Johor
57. Hotel V8, Skudai, Johor
58. Felda Residence Tekam, Jerantut, Pahang
59. Grand Dormani Rajah Court Hotel, Kuching, Sarawak
60. Hock Lee Hotel and Residence Tower A and Tower B, Kuching, Sarawak
61. Hotel Kuching Park, Sarawak
62. Ming Garden Hotel and Residence, Kota Kinabalu, Sabah
63. Pan Borneo Hotel Kota Kinabalu, Sabah