Khamis, 26 March 2020 | 2:08pm

COVID-19: Topeng muka percuma

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan memberi secara percuma penutup hidung dan mulut kepada 8.3 juta isi rumah, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ismail Sabri berkata, pengagihan itu akan dibuat secara berperingkat-peringkat, dengan berpandukan nasihat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai siapa yang sewajarnya mendapat topeng muka berkenaan.

Topeng muka itu juga bukan diperoleh secara percuma seperti didakwa sesetengah pihak, sebaliknya dibeli oleh kerajaan dari negara luar.

Dalam sidang media khas Majlis Keselamatan Negara (MKN), beliau juga berkata polis beri jaminan tiada sekatan untuk kenderaan menghantar makanan, sebaliknya mereka akan diberi laluan mudah.

Beliau juga menjelaskan sebanyak 110 tangkapan dilakukan polis semalam susulan perubahan cara polis melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ini sejajar dengan pendekatan polis kali ini berubah daripada nasihat dan berhemah kepada tindakan lebih tegas.

“Ini (tindakan tegas) kemahuan rakyat. Saya terima banyak mesej rakyat mahu tindakan lebih tegas. Mereka tidak mahu yang lima peratus yang degil ini memberi kesan kepada 95 peratus rakyat yang akur (PKP),” katanya.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.- foto BERNAMA
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.- foto BERNAMA

Kabinet Malaysia 2020

Berita Harian X