Rabu, 25 March 2020 | 6:47pm

HUAWEI tawar produk serendah RM88 sempena Jualan Hari Jadi Lazada ke-8

KUALA LUMPUR: Di saat semua orang sedang berdepan dengan situasi Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh kerajaan sehingga 14 April ini, ramai yang resah gelisah kerana tidak dapat menjalankan rutin harian seperti biasa.

Namun disebabkan demi kebaikan setiap orang, ia perlu dipatuhi.

Jangan risau, walaupun tidak boleh ke mana-mana, beli-belah dalam talian dengan pelbagai tawaran diskaun hebat antara aktiviti yang dapat memenuhi masa terluang anda.

Kali ini, HUAWEI bekerjasama dengan Lazada dengan menawarkan kepada seluruh rakyat Malaysia jualan harga runtuh yang akan berlangsung pada 27 Mac ini dalam tempoh masa yang terhad saja.

Justeru, pengguna setia jenama HUAWEI jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan produk kegemaran mereka pada harga berbaloi dan pada masa yang sangat terhad.

Tawaran diberikan itu termasuklah beberapa produk hero HUAWEI seperti HUAWEI nova 4e, HUAWEI Watch GT dan HUAWEI Matebook D 15 yang boleh diperoleh bermula 27 Mac ini dalam tempoh dua jam saja iaitu pada jam 12 tengah malam hingga dua pagi.

Lebih hebat, setiap pembelian turut disertakan sekali hadiah percuma.

Tidakkah ia memberi kegembiraan pada anda ketika PKP berlangsung?

HUAWEI juga akan mengadakan jualan harga runtuh hanya pada RM88 seunit bermula 27 Mac pada jam 2 petang untuk produk seperti Gentle Monster, HUAWEI MateBook 13 dan HUAWEI Mate20 yang hanya terdapat dalam beberapa unit saja.

Harga ditawarkan sangat luar biasa dan pastinya akan memberi kelegaan bagi mereka yang semenangnya menanti-nantikan produk ini dijual pada harga luar biasa.

Bagi memberi rasa kegembiraan ketika PKP ini, orang ramai juga boleh mendapatkan baucar bernilai RM168 dan RM88 bermula sekarang untuk digunakan pada 27 Mac ini bagi mendapatkan diskaun untuk semua produk HUAWEI yang dinyatakan.

Bagi baucar bernilai RM168, ia boleh digunakan untuk produk Mate 30 Pro, Mate 30, P30, P30 Pro, M5 Lite dan FreeBuds 3, manakala baucar bernilai RM88 boleh ditebus untuk mendapatkan disakuan bagi produk nova 5T, Y7P, Y9s dan Y9 Prime.

 

Untuk sebarang maklumat lanjut, anda boleh layari halaman HUAWEI di Lazada.

Jangan ketinggalan mendapatkan semua tawaran menakjubkan ini! Tambahkan dalam cart anda sekarang!

Berita Harian X