Rabu, 25 March 2020 | 5:37pm
Anggota Polis Trafik dari Balai Polis Trafik Kuala Lumpur memeriksa deretan kenderaan yang bergerak keluar dari ibu kota susulan Perintah Kawalan Pergerakan yang dilaksanakan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 mulai 18 Mac hingga 31 Mac ini dalam sekatan jalan raya di Jalan Loke Yew hari ini. - Foto BERNAMA

COVID-19: 'Keluar sebab nak siram pokok di pejabat'

KUALA LUMPUR: ‘Siram pokok di pejabat’, ‘nak hantar kek’, ‘pergi beli surat khabar’ dan ‘bungkus makanan tengah hari’.

Itulah antara alasan yang diberi kepada pihak berkuasa sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di sekitar Petaling Jaya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata alasan sedemikian menunjukkan masih ada individu tidak menyedari tahap bahaya penularan wabak COVID-19.

Anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu Angkata Tentera Diraja Malaysia (ATM) serta Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) memantau pergerakan orang ramai sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan di bekas tapak Tol Sungai Rasau, Lebuh Raya Persekutuan dalam usaha mengurangkan risiko penularan COVID-19. - Foto Faiz Anuar

“Tiada laporan anggota IPD (Ibu Pejabat Polis Daerah) Petaling Jaya dimaki dan dicerca setakat ini, namun kami berdepan pelbagai alasan tidak munasabah termasuk mahu siram pokok di pejabat ketika tempoh PKP.

“Malah, ada yang tinggal di Shah Alam memaklumkan ingin beli barangan dapur ketika ditahan dalam sekatan jalan raya di Plaza Tol Damansara.

“Ia membuatkan kita terfikir sebilangan kecil masyarakat belum menyedari tahap bahaya wabak COVID-19,” katanya kepada BH, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X