Selasa, 24 March 2020 | 9:21pm

COVID-19: Usah diskriminasi, salahkan jemaah tabligh - Dr Noor Hisham

PUTRAJAYA: Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai tidak mendiskriminasi dan menyalahkan jemaah tabligh, sebaliknya membantu mengesan mereka serta kontak dalam usaha membendung penularan COVID-19.

Bercakap pada sidang media hari ini, beliau berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) bersedia dan sudah memaklumkan kepada Jabatan Kesihatan negeri untuk menerima jemaah tabligh yang tidak bergejala menjalani ujian saringan di klinik dan hospital kerajaan terdekat.

“Setakat ini, KKM telah menjalankan 13,000 saringan ke atas jemaah tabligh dan sebanyak 8,000 kes didapati bergejala, 986 positif COVID-19. Kita harap jemaah tabligh tampil membuat ujian saringan kerana daripada 1,624 kes positif COVID-19, risiko adalah lebih tinggi dari kalangan mereka," katanya.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
    Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah ketika sidang media berhubung situasi semasa jangkitan COVID-19 di Putrajaya. - Foto NSTP/Mohd Fadli Hamzah
    Berita Harian X