Isnin, 16 March 2020 | 2:58pm
Beberapa kemudahan di bawah kendalian Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ditutup berikutan wabak COVID-19. - NSTP/Asyraf Hamzah
Beberapa kemudahan di bawah kendalian Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ditutup berikutan wabak COVID-19. - NSTP/Asyraf Hamzah

COVID-19: Muzium, Istana Budaya, Kraftangan ditutup

KUALA LUMPUR: Sembilan kemudahan awam kendalian Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan ditutup bermula hari ini sehingga 30 April depan.

Tempat itu ialah Jabatan Muzium Malaysia, Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara, Jabatan Warisan Negara, Arkib Negara dan Kraftangan.

Selain itu, Perpustakaan Negara, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Istana Budaya dan Pusat Pelancongan Malaysia.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata tindakan itu diambil mengambil kira kepentingan kesihatan awam dan menyekat penularan wabak COVID-19.

“Semua ketua jabatan dan agensi sudah diarahkan untuk menutup fasiliti awam di bawah seliaan masing-masing dan melakukan disinfektasi di semua ruangan kunjungan terbabit.

“Selari dengan usaha yang dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan, MOTAC menyeru semua pihak termasuk orang ramai untuk sama-sama membantu dalam menyekat penularan wabak ini,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X