Khamis, 12 March 2020 | 12:51pm
Notis dalam laman Facebook HTAR.
Notis dalam laman Facebook HTAR.

HTAR hadkan kehadiran pelawat ke wad susulan COVID-19

SHAH ALAM: Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang mengehadkan kehadiran pelawat ke wad serta-merta hari ini susulan peningkatan kes COVID-19 yang melanda negara ketika ini.

HTAR dalam satu kenyataan di Facebook memaklumkan, langkah itu dilakukan bagi mengurangkan risiko jangkitan dalam kalangan pesakit, pelawat dan warga kerja hospital itu.

“Selain mengehadkan bilangan pelawat, kanak-kanak berumur di bawah 12 tahun juga dilarang sama sekali melawat ke wad.

“Tempoh lawatan ke wad juga dipendekkan kepada pukul 1 tengah hari hingga 2 petang dan 5 petang hingga 6.30 petang setiap hari bekerja termasuk cuti umum dan cuti am,” menurut kenyataan itu.

HTAR turut menjelaskan, sebarang perubahan terhadap penerimaan kehadiran pelawat dan waktu lawatan berkenaan akan dimaklumkan kelak. – BERNAMA

  • Lagi berita mengenai COVID-19

  • Berita Harian X