Selasa, 10 March 2020 | 9:43pm
Saravanan ketika ditemuramah wartawan selepas majlis istiadat angkat sumpah jawatan menteri di Istana Melawati, Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah
Saravanan ketika ditemuramah wartawan selepas majlis istiadat angkat sumpah jawatan menteri di Istana Melawati, Putrajaya. - NSTP/Mohd Fadli Hamzah

Saravanan mahu tumpu masalah peluang pekerjaan

PUTRAJAYA: Masalah masyarakat yang tidak mempunyai pekerjaan terutama golongan belia yang tidak boleh diambil bekerja (unemployable) akan menjadi cabaran kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan apabila beliau memasuki kementerian itu.

Beliau berkata, itu cabaran yang dihadapi sesetengah belia ketika ini apabila mereka tidak boleh diambil bekerja menyebabkan mereka terpaksa bersaing dengan pekerja asing.

“Hari ini kita lihat cabaran yang kita akan hadapi adalah khususnya golongan belia yang tidak bekerja dan tidak boleh diambil bekerja.

“Golongan ini berdepan dengan saingan besar daripada pekerja asing,” katanya kepada pemberita selepas Istiadat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia di hadapan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, jam 3 petang tadi.

Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan mengurniakan surat cara pelantikan kepada Datuk Seri M Saravanan sebagai Menteri Sumber Manusia pada Istiadat Pengurniaan Surat Cara Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Menteri dan Timbalan Menteri Persekutuan di Istana Melawati hari ini. - Foto BERNAMA

Barisan Jemaah Menteri (dari, kanan) Menteri Alam Sekitar, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan; Menteri Wanita dan Keluarga, Datuk Seri Rina Mohd Harun; Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Dr Noraini Ahmad; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof; Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) Datuk Seri Mustapa Mohamed ketika mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong. - Foto BERNAMA

Pada masa sama, Saravanan yang berterima kasih kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran, berpendapat beliau memikul tanggungjawab berat berikutan tiada lagi wakil masyarakat India dalam Jermaah Menteri baharu selainnya.

Justeru, katanya, beliau akan membabitkan diri termasuk dalam soal pendidikan, masalah sosial dan peluang pekerjaan masyarakat India.

Berita berkaitan:

  • Senarai Kabinet 2020
  • KJ hadiri taklimat pertama
  • Tugas getir menanti Tengku Zafrul
  • Hishammuddin mahu hidupkan semula persahabatan dengan pemimpin luar
  • Tengku Zafrul mula tugas hari pertama
  • Portfolio Sabah, Sarawak dengar pandangan MA63
  • Zuraida bersyukur dilantik semula terajui KPKT
  • Isu aset Tabung Haji cabaran besar Zulkifli
  • Tugas berat Kementerian Perpaduan Negara kekalkan keharmonian antara kaum
  • Prestasi Kabinet penentu kelangsungan Perikatan Nasional
  • Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
  • Keupayaan Zulkifli Mohamad Al-Bakri diyakini
  • Mufti paling sesuai jaga hal ehwal agama
  • Senator diminta tumpu isu rakyat

  • Berita Harian X