Selasa, 10 March 2020 | 8:09pm

Tengku Zafrul mula tugas hari pertama

PUTRAJAYA: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz tiba di bangunan Kementerian Kewangan di sini, jam 6.07 petang bagi memulakan tugas hari pertamanya.

Tengku Zafrul disambut oleh pengurusan kanan kementerian di lobi bangunan berkenaan.

Beliau sempat bergambar bersama dengan pengurusan kanan yang diketuai Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahirsebelum dibawa naik ke pejabatnya.

Mengulas mengenai misi pertamanya memulakan tugas hari ini, Tengku Zafrul berkata, beliau akan mendengar taklimat kementerian terlebih dulu daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan.

“Beri saya masa. Saya perlu mendapatkan taklimat daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan,” katanya ketika ditemui di lobi Kementerian Kewangan sempena hari pertama beliau memulakan tugasnya.

Pada pagi tadi, Tengku Zafrul mengangkat sumpah senator Dewan Negara dan pada sebelah petang pula, beliau mengangkat sumpah sebagai Menteri Kewangan.

Berita berkaitan:

  • Senarai Kabinet 2020
  • Portfolio Sabah, Sarawak dengar pandangan MA63
  • Zuraida bersyukur dilantik semula terajui KPKT
  • Isu aset Tabung Haji cabaran besar Zulkifli
  • Tugas berat Kementerian Perpaduan Negara kekalkan keharmonian antara kaum
  • Prestasi Kabinet penentu kelangsungan Perikatan Nasional
  • Kesemua 31 menteri Kabinet angkat sumpah jawatan di hadapan Agong
  • Keupayaan Zulkifli Mohamad Al-Bakri diyakini
  • Mufti paling sesuai jaga hal ehwal agama
  • Senator diminta tumpu isu rakyat


  • Tengku Zafrul (kanan) ketika tiba di bangunan Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
    Tengku Zafrul (kanan) ketika tiba di bangunan Kementerian Kewangan, Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
    Berita Harian X