Selasa, 10 March 2020 | 12:35pm
Tengku Datuk Zafrul (tiga dari kiri) selepas majlis angkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH
Tengku Datuk Zafrul (tiga dari kiri) selepas majlis angkat sumpah sebagai senator di Dewan Negara hari ini. - Foto NSTP/ASYRAF HAMZAH

Cabaran ekonomi fokus Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR: Menteri Kewangan, Tengku Datuk Zafrul Tengku Abdul Aziz akan memberi tumpuan kepada cabaran ekonomi semasa selepas memulakan tugas petang ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut kerana belum memulakan tugas.

“Bagi peluang untuk saya mulakan tugas terlebih dahulu hari ini dan petang ini akan mendengar taklimat daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir,” katanya ditemui media selepas mengangkat sumpah senator Dewan Negara, hari ini.

Beliau mengangkat sumpah senator di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri V S Vigneswaran bersama lima lagi pemimpin lain.

Mengulas mengenai pelantikan sebagai Menteri Kewangan,Tengku Zafrul berkata, beliau agak terkejut dengan pelantikan itu kerana beliau bukan seorang ahli politik.

“Saya akan melakukan yang terbaik. Apa saja yang boleh dibuat dalam membantu negara yang kini menghadapi cabaran semasa.

“Justeru, hari ini juga saya akan memulakan tugas selepas majlis angkat sumpah di Putrajaya, ” katanya.

Berita Harian X