Khamis, 5 March 2020 | 9:43pm
Pengunjung melihat hasil seni yang dipamerkan di Galeri Prima, Balai Berita. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

Sebanyak 173 koleksi pelbagai hasil seni bernilai tinggi bakal menjadi rebutan pembida pada majlis lelongan seni di Galeri Prima, Balai Berita. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali
Sebanyak 173 koleksi pelbagai hasil seni bernilai tinggi bakal menjadi rebutan pembida pada majlis lelongan seni di Galeri Prima, Balai Berita. - NSTP/Mohamad Shahril Badri Saali

173 koleksi seni dilelong di Galeri Prima

KUALA LUMPUR: Sebanyak 173 koleksi pelbagai hasil seni bernilai tinggi bakal menjadi rebutan pembida pada majlis lelongan seni anjuran Henry Butcher Art Auctioneers Malaysian (HBAA) dan Southeast Asian Art pada 15 Mac ini.

Lelongan yang akan berlangsung di Galeri Prima, Balai Berita, di sini bermula jam 1 tengah hari, antara lain menampilkan karya Datuk Syed Ahmad Jamal bagi lukisan Ruang Biru; lukisan Little Things karya Datuk Ibrahim Hussein; Rimba Series karya Abdul Latif Mohidin; Yusof Ghani dengan karyanya Siri Tari; Chang Fee Ming (Chord of Friendship); Ahmad Zakii Anwar (Red Legong) dan Awang Damit Ahmad (Tenaga Hidup).

Pengarah HBAA, Sim Polenn, berkata lelongan itu menampilkan karya karyawan ternama, terkemuka dan pelukis tempatan yang baru meningkat naik serta pelukis dikenali ramai dari rantau Asia Tenggara.

Katanya, antara karya yang ditampilkan adalah dari koleksi batik hasil karya Datuk Chuah Thean Teng, Khalil Ibrahim, Fatimah Chik dan Ismail Mat Hussin.

“Hasil karya terawal Thean Teng termasuk Country Folk (1959), Market Place (1950) antara yang bakal menjadi rebutan. Inilah masanya untuk membeli karya hebat.

“Belilah karya seni jika anda suka seni, jika ia menjadi satu pelaburan, itu adalah bonus. Hargailah seni, seni satu penghargaan,” katanya

Turut dibuka untuk lelongan, karya gaya Nanyang yang menggabungkan gaya timur dan barat seperti hasil seni karya Yong Mun Sen, Chia Yu Chian, Khaw Sia dan Tew Nai Tong.

Karya kontemporari yang ditampilkan untuk lelongan termasuk karya Zulkifli Yusoff, Ahmad Fuad Osman, Hamir Soib, Bayu Utomo Radjikin, Masnoor Ramli Mahmud, Roslisham Ismail, Samsudin Wahad, Chong Ai Lei, Yeoh Choo Kuan dan Hasnul Isyraf Idris.

Tidak ketinggalan beberapa karya daripada beberapa karyawan Asia Tenggara termasuk pelukis terkemuka dan meningkat naik serta karyawan kontemporari seperti Kartika Affandi, Arie Smit, Rudolf Bonnet, Jeihan Sukmantoro, Nyoman Gunarsa, Ugo Untoro, Eko Nugroho, Ong Kim Seng dan Onib Olmedo.

Bagi kategori karyawan baharu yang meningkat naik, karya Anisa Abdullah , Ismail Alwi, Shafiq Nordin, Hisyamuddin Abdullah turut dipamerkan untuk lelongan.

Berita Harian X