Ahad, 16 Februari 2020 | 6:51pm
KUALA LUMPUR 12 JULY 2019. Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa deliver his keynote address during the launching of The World Bank - INCEIF - ISRA Waqf Report at Sasana Kijang in Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD.
KUALA LUMPUR 12 JULY 2019. Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa deliver his keynote address during the launching of The World Bank - INCEIF - ISRA Waqf Report at Sasana Kijang in Kuala Lumpur. NSTP/AIZUDDIN SAAD.

Kerajaan tidak kompromi tindakan hina Islam

KUALA LUMPUR: Tindakan menghina agama Islam serta kitab suci al-Quran adalah kesalahan serius yang tidak boleh dikompromi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusuf, berkata polis sudah pasti akan mengambil tindakan selanjutnya berdasarkan aduan membabitkan jenayah menghina agama Islam mengikut lunas undang-undang.

Oleh itu, beliau menegaskan supaya semua pihak menghindari kelakuan provokatif seperti itu serta menyiarkan di media sosial.

“Saya yakin pihak polis sentiasa bertindak tegas dan segera kepada mana-mana aduan yang dibuat membabitkan jenayah menghina Islam.

“Saya ingin menasihat semua pihak agar tidak terburu-buru mengambil tindakan sendiri.

“Negara ini mempunyai undang-undang yang boleh diguna kepada individu yang menghina agama Islam seperti Seksyen 298A dan Seksyen 505 (C) Kanun Keseksaan atau Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Seksyen 298A Kanun Keseksaan atas alasan agama, menyebabkan suasana tidak harmoni, perpecahan atau permusuhan, benci-membenci atau niat jahat atau memudaratkan pemeliharaan keadaan harmoni atau perpaduan.

Seksyen 505(C) Kanun Keseksaan pula merujuk kepada kenyataan yang mendatangkan khianat awam dengan niat hendak mengapikan atau mungkin mengapikan mana-mana golongan atau kaum melakukan sesuatu kesalahan terhadap mana-mana golongan atau kaum lain.

Seksyen 233 AKMM 1998 pula berkait penggunaan tidak wajar kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Berita Harian X