Isnin, 10 Februari 2020 | 1:47pm
Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah mencemar duli menunaikan solat subuh bersama jemaah di Masjid Temerloh Jaya. - NSTP/Roselan Ab Malek

Pemangku Raja Pahang kejutkan jemaah Masjid Temerloh Jaya, solat subuh bersama

TEMERLOH: Kira-kira 800 jemaah Masjid Temerloh Jaya hari ini, terkejut apabila mendapati solat subuh mereka hari ini, turut disertai Pemangku Raja Pahang, Tengku Mahkota Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Masjid berkenaan yang viral baru baru ini kerana disifatkan sebagai masjid yang paling imarah di negara ini kerana setiap solat fardhu dipenuhi jemaah termasuk solat subuh seperti solat Jumaat apabila menerima kehadiran jemaah yang melimpah keluar.

Pengerusi Masjid Temerloh Jaya, Dr Abdullah Ismail, berkata keberangkatan baginda ke masjid itu hanya disedari mereka selepas kehadiran pegawai pengiring di perkarangan masjid itu kira-kira jam 6 pagi.

Katanya, pengurusan masjid itu langsung tidak mengetahui perkara tersebut sehingga kehadiran pegawai pengiring memaklumkan baginda ingin menunaikan solat subuh di situ.

“Hari ini adalah detik bermakna buat semua jemaah kerana baginda berkenan sudi menunaikan solat bersama rakyat jelata di masjid ini.

“Sebaik tiba, baginda bersalaman dengan jemaah yang ada dan terus ke saf pertama untuk menunaikan solat sunat sebelum bersama mengerjakan solat fardhu bersama,” katanya.

Masjid Temerloh Jaya menerima pujian sebagai penanda aras berikutan pengurusan profesional sehingga menarik kehadiran dan kunjungan dari pelbagai masjid seluruh negara.

Dr Abdullah berkata, selepas selesai solat, baginda meluangkan masa bersalaman dengan jemaah pelbagai peringkat usia yang turut gembira dengan kehadiran Tengku Hassanal buat julung kalinya ke masjid berkenaan.

“Tanpa sebarang protokol, baginda sangat merendah diri dan turut meluangkan masa mendengar sedikit taklimat mengenai pengurusan dan aktiviti masjid ini.

“Baginda kelihatan teruja dan gembira apabila melihat suasana padat di masjid yang dipenuhi jemaah dan memuji suasana ini,” katanya.

Baginda meluangkan masa lebih satu jam sebelum berangkat pulang.

Berita Harian X