Sabtu, 1 Februari 2020 | 5:30pm

Rakyat Malaysia di Wuhan, dibenarkan pulang ke tanah air

KUALA LUMPUR: Pihak berkuasa China memberikan kebenaran kerajaan Malaysia membawa kesemua rakyat negara ini yang terperangkap di Wuhan, Wilayah Hubei, China, pulang ke tanah air berikutan penularan coronavirus (2019-nCov).

Duta Besar Malaysia ke China, Raja Datuk Nushirwan Zainal Abidin, mengesahkan pihak Kedutaan Besar Malaysia di China, sudah mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa negara berkenaan.

Justeru, beliau berkata enam pegawai dari pejabat Kedutaan Besar Malaysia di China, dihantar ke Wuhan, pada jam 10.30 pagi tadi untuk proses penyelarasan semua rakyat Malaysia yang masih terkandas di bandar itu dan sekitar wilayah Hubei.

“Pasukan kita sudah dihantar ke Wuhan hari ini melalui jalan darat dan mereka dijangka tiba selewat-lewat tengah malam ini. Mereka membantu menyelaras 120 rakyat Malaysia yang berada di Wilayah Hubei, dengan sebahagian besar di Wuhan.

“Langkah ini dibuat selepas kita menerima kebenaran dari kerajaan China dan pihak berkuasa di Wuhan untuk memasuki kawasan itu bagi menyelaras rakyat Malaysia yang berada di sana,” katanya ketika dihubungi hari ini.

SEKUMPULAN pegawai dari Kedutaan Malaysia di Beijing bertolak ke Wuhan pagi ini untuk menyelaras kerja membawa pulang rakyat Malaysia di sana. - Ihsan Kedutaan Malaysia Beijing
SEKUMPULAN pegawai dari Kedutaan Malaysia di Beijing bertolak ke Wuhan pagi ini untuk menyelaras kerja membawa pulang rakyat Malaysia di sana. - Ihsan Kedutaan Malaysia Beijing

Beliau berkata, pasukan itu juga akan berusaha mengesan rakyat Malaysia lain yang mungkin tidak direkodkan oleh pihak kedutaan.

“Setakat ini, kita tidak tahu sekiranya ada perkara di luar jangkaan mungkin berlaku ke atas penduduk Malaysia di Wuhan, sama ada mereka sakit atau sudah kembali ke tanah air.

“Namun pasukan peninjau kedutaan akan berusaha mendapatkan maklumat secara lebih terperinci,” katanya.

Katanya, pada masa ini, seramai 120 orang direkodkan di sana membabitkan 11 penuntut, pekerja profesional dan pelancong.

Raja Datuk Nushirwan, berkata penyelarasan dilakukan juga untuk mengemaskini data semua rakyat Malaysia yang berada di Wuhan sebelum menguruskan penerbangan mereka pulang ke tanah air dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, tarikh sebenar penerbangan untuk membawa balik kesemua rakyat Malaysia kembali ke tanah air hanya akan diumumkan oleh Putrajaya.

SEKUMPULAN pegawai dari Kedutaan Malaysia di Beijing bertolak ke Wuhan pagi ini untuk menyelaras kerja membawa pulang rakyat Malaysia di sana. - Ihsan Kedutaan Malaysia Beijing
SEKUMPULAN pegawai dari Kedutaan Malaysia di Beijing bertolak ke Wuhan pagi ini untuk menyelaras kerja membawa pulang rakyat Malaysia di sana. - Ihsan Kedutaan Malaysia Beijing
SEKUMPULAN pegawai dari Kedutaan Malaysia di Beijing bertolak ke Wuhan pagi ini untuk menyelaras kerja membawa pulang rakyat Malaysia di sana. - Ihsan Kedutaan Malaysia Beijing
SEKUMPULAN pegawai dari Kedutaan Malaysia di Beijing bertolak ke Wuhan pagi ini untuk menyelaras kerja membawa pulang rakyat Malaysia di sana. - Ihsan Kedutaan Malaysia Beijing
Berita Harian X