Rabu, 18 Disember 2019 | 7:27pm
Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (kiri) dan Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.
Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir (kiri) dan Datuk Dr Abdul Rahim Ramli.

Sharifah Mazlina dilarang guna gelaran Datin Paduka

KUALA LUMPUR: Jemaah Majlis DiRaja Johor mengesahkan bahawa gelaran Datin Padukawirawati negara ke atas Sharifah Mazlina Syed Abdul Kadir sudah ditarik balik pada tahun 2010.

Oleh itu, Sharifah Mazlina tidak berhak menggunakan gelaran Datin Paduka dalam semua urusannya.

Yang Dipertua Jumaah Majlis DiRaja Johor, Datuk Dr Abdul Rahim Ramli, berkata darjah Mahkota Johor yang Amat Mulia Pangkat Pertama Datuk Sri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang dikurniakan kepada Sharifah Mazlina pada 6 November 2005 dan Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) pada 27 Mac 2004 sudah dibatalkan pada 4 Jun 2010.

Sehubungan itu, Sharifah Mazlina yang juga Ketua Misi Ekspedisi Wanita Berkumpulan ke Antartika (AWETA) dilarang menggunakan gelaran itu dalam urusan misi tersebut.

“Jemaah Majlis DiRaja Johor dimaklumkan Sharifah Mazlina sedang membuat persiapan untuk satu ekspedisi ke Antartika menggunakan gelaran Datin Paduka dalam urusannya.

“Rakyat Johor dan orang ramai diharap mengambil maklum berhubung perkara ini,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Berita Harian X