Sabtu, 16 November 2019 | 11:34pm
Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. - NSTP/Muhd Zaaba Zakeria

PRK Tanjung Piai: Ini keputusan dimuktamadkan rakyat - Zahid

PONTIAN: Barisan Nasional (BN) menyifatkan kemenangan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Tanjung Piai malam ini sebagai satu keputusan yang dimuktamadkan rakyat untuik kembali bersama parti itu.

Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beliau merasakan kemenangan itu adalah kemenangan rakyat yang merasakan tidak lagi dipedulikan oleh kerajaan.

“Ia tentunya menjadi mercu tanda Muafakat Nasional dengan rakan parti yang ada melihatkan komitmen semua pihak akan memberikan kejayaan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengikuti pengumuman rasmi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Pusat Penjumlahan Undi Rasmi di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, di sini malam ini.

Zahid yang juga Presiden UMNO, berkata kemenangan itu adalah kejayaan di luar jangkaan yang dianugerahkan Allah.

“Yang penting, rakyat mahu kembali kepada BN,” katanya.

Berita Harian X