X
Rabu, 6 November 2019 | 8:12am
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. - Foto Aizuddin Saad
Datuk Seri Dr Wee Ka Siong. - Foto Aizuddin Saad

Monopoli kad Touch n' Go antara dibangkitkan di Dewan Rakyat

KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Rakyat yang memasuki hari ke-19 hari ini diteruskan dengan pelbagai soalan menarik, antaranya langkah kerajaan mengekang monopoli penggunaan kad pembayaran elektronik Touch n’ Go.

Perkara itu akan dibangkitkan oleh Datuk Seri Dr Wee Ka Siong (MCA-Ayer Hitam) yang meminta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan langkah kerajaan mengekang monopoli penggunaan kad pembayaran elektronik Touch n’ Go kerana caj tambahan 10 peratus dikenakan di tempat parkir kereta, manakala 50 sen pula bagi setiap kali tambah nilai.

Terdahulu, Mengikut aturan Mesyuarat Dewan Rakyat ketika sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan, Su Keong Siong (PH-Kampar) ingin tahu sama ada KDN akan memperluaskan bidang kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) kerana agensi itu memainkan peranan penting dalam usaha membasmi penagih dadah.

Selain itu, soalan daripada Datuk Seri Richard Riot Jaem (GPS-Serian) dijangka mencuri tumpuan apabila beliau mahu Menteri Pertahanan menyatakan status terkini dua anggota tentera yang hilang semasa menjalankan operasi di Pulau Perak, Kedah pada Julai lepas.

Selesai sesi tersebut, Dewan Rakyat akan diteruskan dengan sesi perbahasan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan 2020 peringkat jawatankuasa yang memasuki hari kedua menyaksikan perbahasan bagi Kementerian Kewangan. - Bernama

Berita Harian X