Sabtu, 2 November 2019 | 7:50pm
KETUA Menteri, Adly Zahari (tengah) meluangkan masa bergambar bersama pengunjung ketika sesi lawatannya ke Karnival Jom Heboh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC), Ayer Keroh. - Foto NSTP/Khairunisah Lokman

KETUA Menteri, Adly Zahari (kiri) meluangkan masa melawat ke gerai pameran SMK Bukit Katil pada Karnival Jom Heboh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC), Ayer Keroh. - Foto NSTP/Khairunisah Lokman

Karnival Jom Heboh bantu tarik pelancong

MELAKA: Karnival Jom Heboh (Jom Heboh) di Dataran Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC), di sini, dijangka menjadi penyumbang kepada peningkatan kehadiran pelancong ke Melaka.

Ketua Menteri, Adly Zahari berkata, selain mampu menjadi destinasi riadah utama terutama menjelang hujung tahun, penganjuran Jom Heboh juga dapat mempopularkan lagi beberapa lokasi pelancongan menarik di negeri ini.

“Kita meletakkan sasaran 20 juta pelancong mengunjungi Melaka sepanjang tahun ini dan satu daripada acara yang menyumbang kepada kehadiran pelancong adalah karnival ini.

“Saya berterima kasih kepada Media Prima Berhad (MPB) yang memilih Melaka bagi penganjuran kali ini,” katanya selepas melawat gerai pameran dan jualan karnival berkenaan, di sini, hari ini.

KETUA Menteri, Adly Zahari (dua dari kiri) meluangkan masa melawat ke gerai pameran KWSP pada Karnival Jom Heboh di Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MiTC), Ayer Keroh. - Foto NSTP/Khairunisah Lokman

Hadir sama, isterinya Dalilah Awaludin dan Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen MPB, Johan Ishak.

Melaka adalah destinasi terakhir Jom Heboh selepas Shah Alam, Johor Bahru, Sabah dan Pulau Pinang.

Karnival dua hari berakhir esok menyediakan pelbagai aktiviti keluarga bersama artis popular serta selebriti TV3, TV9, 8TV dan NTV7 serta rangkaian radio Hot FM dan Kool FM.

Sementara itu, Johan berkata, pihaknya menjangkakan seramai 400,000 pengunjung akan membanjiri lokasi terakhir itu sepanjang dua hari penganjurannya.

Beliau berkata, selain aktiviti jualan, Jom Heboh juga menampilkan program hiburan dan persembahan pentas membabitkan beberapa artis popular seperti Sufian Suhaimi, Ara Johari, Andy Flop Poppy, Haiza dan Neon.

“Seperti sebelum ini, seorang pengunjung bertuah akan memenangi sebuah kereta Nissan Serena 2.0L Highway Star dengan menyertai peraduan Jom Menang Kereta.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan negeri serta semua rakyat Melaka yang sentiasa memberikan sokongan kepada Jom Heboh selama ini,” katanya.

Berita Harian X