Khamis, 24 Oktober 2019 | 10:26pm
Henry Butcher Art Auctioneers (HBAA) mempamerkan hasil seni pelukis terkemuka untuk tatapan awal orang ramai di Galeri Prima, Balai Berita, Bangsar. - NSTP/Salhani Ibrahim

HBAA pamer hasil seni pelukis terkemuka di Galeri Prima

KUALA LUMPUR: Henry Butcher Art Auctioneers (HBAA) mempamerkan hasil seni pelukis terkemuka untuk tatapan awal orang ramai sempena acara lelongan HBAA pada bulan depan.

Pameran bertajuk ‘Malaysian and Southeast Asian Art’ berlangsung di Galeri Prima, Balai Berita, di sini, bermula hari ini hingga 2 November depan membabitkan 188 lot hasil kerja terbaik pelukis terkenal Malaysia.

Pengarah HBAA, Sim Polenn, berkata antara karya seni dipamerkan ialah lukisan serta ukiran dihasilkan Abdul Latiff Mohidin, Datuk Ibrahim Hussein, Datuk Syed Ahmad Jamal, Datuk Mohd Hoessein Enas, Datuk Sharifah Fatimah Syed Zubir, Yusof Ghani, Chang Fee Ming, Dzulkifli Buyong dan Awang Damit Ahmad.

“Sebahagian daripada acara turut mempamerkan hasil ‘Penghargaan Khas’ oleh Seni Batik Masters yang menampilkan karya khas Datuk Chuah Thean Teng, Khalil Ibrahim dan Ismail Mat Hussin.

“Ia juga mempamerkan lukisan gaya Nanyang yang mengetengahkan tradisi seni timur dan barat, termasuk artis perintis Cheong Soo Pieng, Yong Mun Sen, Chia Yu Chian, Khaw Sia, Tay Bak Koi serta Tew Nai Tong,” katanya ketika ditemui, hari ini.

Beliau berkata, sempena ulang tahun ke-10 HBAA, turut diadakan Lelongan Amal Khas berjudul Projek Blue Art Centre (BAC) yang menampilkan 16 karya berkualiti oleh artis kontemporari seperti Yeoh Choo Kuan, Hasanul Isyraf Idris, Haffendi Annuar, Wong Perng Fey dan Nadiah Bamadhaj.

“Projek BAC diperkenalkan pada 2011 dengan misi untuk menyediakan pendidikan seni dan latihan vokasional kepada kanak-kanak Kemboja yang kurang bernasib baik, dan semua hasil akan dibawa ke BAC untuk membina sekolah seni,” katanya.

Lelongan akan diadakan pada 3 November depan, bermula jam 1 tengah hari, dengan pameran dibuka kepada orang ramai setiap hari mulai sekarang hingga 2 November, dari jam 10 pagi hingga 6 petang, di Galeri Prima, Balai Berita, 31, Jalan Riong, Bangsar, Kuala Lumpur.

Berita Harian X