Sabtu, 28 September 2019 | 6:00pm
ORANG ramai mengunjungi Karnival Jom Heboh 2019 di Perkarangan Stadium, Batu Kawan Pulau Pinang. NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal.
ORANG ramai mengunjungi Karnival Jom Heboh 2019 di Perkarangan Stadium, Batu Kawan Pulau Pinang. NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal.

Karnival Jom Heboh peluang peminat bertemu selebriti

BATU KAWAN: Cuaca panas terik tidak menghalang ribuan warga utara mengunjungi Karnival Jom Heboh anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Stadium Batu Kawan, bermula hari ini.

Pelbagai peringkat usia seawal kanak-kanak hinggalah warga emas dilihat membanjiri perkarangan stadium berkenaan sejak pagi lagi.

Rata-rata mereka yang ditemui amat teruja kerana bukan saja dapat membeli-belah di ratusan gerai yang disediakan, malah dapat bertemu dengan artis kegemaran yang bersama turun padang menjayakan karnival kali ini.

Salah seorang pengunjung, Aezwan Syahril Othman,40, dari Kulim, Kedah, berkata cuti hujung minggu dimanfaatkan untuk membawa isteri dan empat anaknya ke karnival itu.

ORANG ramai mengunjungi Karnival Jom Heboh 2019 di Perkarangan Stadium, Batu Kawan Pulau Pinang. NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal.
ORANG ramai mengunjungi Karnival Jom Heboh 2019 di Perkarangan Stadium, Batu Kawan Pulau Pinang. NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal.

ORANG ramai mengunjungi Karnival Jom Heboh 2019 di Perkarangan Stadium, Batu Kawan Pulau Pinang. NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal.
ORANG ramai mengunjungi Karnival Jom Heboh 2019 di Perkarangan Stadium, Batu Kawan Pulau Pinang. NSTP/Shahnaz Fazlie Shahrizal.

Katanya, mereka sekeluarga juga adalah pengunjung setia karnival berkenaan dan tidak pernah melepaskan peluang untuk mengunjunginya setiap kali ia diadakan di Batu Kawan.

“Karnival sebegini amat bagus kerana memberi peluang kita sebagai peminat untuk melihat artis dan selebriti secara lebih dekat selain dapat beramah mesra dengan mereka.

“Anak-anak juga teruja kerana ada segmen untuk mereka di sini,” katanya.

Bagi artis pula, karnival berkenaan dilihat sebagai pentas terbaik untuk mereka mendampingi dan beramah-mesra dengan peminat yang selama ini banyak memberi sokongan memajukan kerjaya mereka.

Penyanyi, Sissy Iman, 23, mengakui tidak sabar untuk menemui peminatnya secara langsung kerana kebanyakan mereka sebelum ini hanya mengenali lagunya yang sering dijadikan runut bunyi (OST) bagi drama terbitan rangkaian Media Prima.

“Seronok dapat menyertai karnival di Pulau Pinang ini kerana selama ini Sissy tahu peminat Sissy ramai dalam kalangan lingkungan usia muda dan pertengahan, tetapi tadi ada kanak-kanak dan golongan tua pun menegur, bermakna mereka kenal Sissy.

“Ini peluang Sissy untuk bermesra, buat acara bersama dengan mereka, yang secara tidak langsung boleh merapatkan lagi hubungan antara Sissy dengan peminat,” katanya yang turut membuat persembahan di Studio A.

Selain Sissy Imann, barisan selebriti dan artis jemputan yang memeriahkan karnival dua hari berakhir esok itu adalah Atiq Azman, Anas Ridzuan, Syafi DFKL ​dan ​Qody Mentor​.

Disamping itu, personaliti TV seperti ​Teh Syuhaida, Anim Ezati Rizki, Muaz Mohamed, Hefny Sahad, Anwar Afiq ​dan ​Adzrie Faiz turut membuat siaran lintas langsung di TV3.

Pengunjung boleh membeli barangan eksklusif artis di Bazar Selebriti dan beramah mesra dengan artis yang mengambil bahagian. Antara artis yang memeriahkan ​Bazar Selebriti ​adalah ​Nadia Syahera, Syed Ali, Shahz Jaszle, Shah Sulaiman, Keena Mentor, Taleeb Mizad, Faye Kusairi, Afzan Rahman ​dan Da’i Azrin​.

Kemeriahan Karnival Jom Heboh berlanjutan pada sebelah malam menerusi konsert pentas Hot Kool pada malam ini dengan barisan artis seperti Ziana Zain, Ella, Ramlah Ram, Siti Nordiana, Ara Johari, Haiza, Dato’ Hattan, Kugiran Masdo, Khai Bahar, Ismail Izani, Sufian Suhaimi dan ​Kumpulan Neon​ NG membuat persembahan.

Pada malam kemuncak iaitu esok pula, pengunjung akan dihiburkan dengan Konsert Jom Heboh bersama Kumpulan ​Ekamatra, Rahmad Mega, Azlan Typewriter, Amelina, Shiha Zikir, Wani Syaz ​dan ​Tajul​.

Berita Harian X