Isnin, 23 September 2019 | 10:25am
YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof. - Foto Salhani Ibrahim
YANG Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof. - Foto Salhani Ibrahim

Speaker hantar notis kekosongan kerusi Tanjung Piai

KUALA LUMPUR: Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof, hari ini mengemukakan notis kekosongan kerusi Parlimen Tanjung Piai kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Azhar Azizan Harun.

Mohamad Ariff berkata, ia berikutan kematian Ahli Parlimen Tanjung Piai, Datuk Dr Md Farid Md Rafik, Sabtu lalu.

“Selaras Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan, saya selaku Yang Dipertua Dewan Rakyat telah mengemukakan pemberitahuan bertarikh 23 September 2019 kepada Pengerusi SPR bahawa anggota Parlimen Tanjung Piai meninggal dunia pada 21 September lalu.

“Selaras Perkara 54 Fasal (1), pihak SPR hendaklah mengisi kekosongan kerusi Parlimen Kawasan P165 Tanjung Piai dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan oleh SPR bahawa ada kekosongan,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Berita Harian X