Isnin, 23 September 2019 | 8:54am

IPU Johan Setia kembali meningkat

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Johan Setia, Selangor kembali meningkat dengan bacaan sangat tidak sihat iaitu 212 setakat jam 8 pagi ini, berbanding 207 petang semalam.

Berdasarkan maklumat di laman sesawang http://apims.doe.gov.my, Nilai di Negeri Sembilan menghampiri bacaan sangat tidak sihat iaitu IPU 190.


KEADAAN jerebu di sekitar Kampung Johan Setia, Klang. - Foto Faiz Anuar

Sebanyak 40 kawasan mencatat bacaan tidak sihat antaranya Seri Manjung, Perak pada bacaan 172, Indera Mahkota, Pahang (159), Kemaman, Terengganu (158) dam Tasek Ipoh, Perak (154).

Bacaan IPU antara 0 dan 50 dikategorikan baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 hingga 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) manakala 300 ke atas berbahaya.


SEKOLAH Kebangsaan Kampung Johan Setia ditutup berikutan masalah jerebu yang melanda di sekitar Kampung Johan Setia, Klang. - Foto Faiz Anuar

KEADAAN jerebu di sekitar Kampung Jawa. - Foto Saddam Yusoff
Berita Harian X