Ahad, 22 September 2019 | 9:35am

Perkembangan jerebu tidak banyak berubah

KUALA LUMPUR: Jerebu yang melanda negara sejak dua minggu lalu tidak menunjukkan perubahan ketara hari ini, dengan 38 lokasi masih mencatat bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada paras tidak sihat.

Setakat jam 8 pagi tadi, bacaan IPU di ibu negara masih berada pada paras tidak sihat dengan Batu Muda dan Cheras masing-masing mencatat bacaan 173 dan 153, manakala Putrajaya (138).

Di Selangor, enam lokasi turut mencatatkan bacaan IPU melebihi 100 adalah Kuala Selangor (152), Petaling Jaya (148), Shah Alam (143), Klang (131), Banting (116) dan Johan Setia Klang (193).

Tiga lokasi di Negeri Sembilan merekodkan mencatat IPU tidak sihat pagi ini iaitu Nilai (140), Seremban (124) dan Port Dickson (117) serta satu lokasi di Alor Gajah, Melaka (104).

Di Johor, dua lokasi masih mencatat bacaan IPU tidak sihat adalah di Segamat (129) dan Tangkak (106).

KEADAAN sinaran matahari pagi yang diselubungi jerebu di Indera Mahkota Kuantan. Indeks Pencemaran Udara (IPU) sekitar Bandar Kuantan mencatatkan bacaan 145, iaitu kurang sihat pada jam sembilan pagi. - Foto Farizul Hafiz Awang

Di Pahang, lima lokasi mencatat bacaan IPU sama adalah Rompin (114), Temerloh (127), Jerantut (134), Indera Mahkota (142) dan Balok Baru (135) manakala tiga lokasi di Terengganu adalah Kemaman (142), Paka (125) dan Kuala Terengganu (136).

Sarawak juga tidak menunjukkan perubahan ketara apabila lima lokasi masih mencatat bacaan IPU tidak sihat iaitu (ILP Miri (102), Miri (107), Sri Aman (183), Samarahan (136) dan Kuching (139).

JARAK penglihatan Menara Berkembar Petronas (KLCC) terjejas akibat berjerebu. - Foto BERNAMA
JARAK penglihatan Menara Berkembar Petronas (KLCC) terjejas akibat berjerebu. - Foto BERNAMA
PEMANDANGAN berjerebu di Kuching kualiti udara menunjukkan tahap bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada 0930 pagi peringkat tidak sihat iaitu 137. - Foto L.Manimaran

Berita Harian X