Jumaat, 20 September 2019 | 3:38pm
KEADAAN jerebu di Bandar Sri Aman yang kembali mencatat tahap merbahaya. NSTP/Ihsan Jabatan Penerangan Sri Aman

Kualiti udara di Sri Aman masih tahap berbahaya

KUALA LUMPUR: Kualiti udara di Sri Aman, Sarawak, masih berada dalam kategori berbahaya dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 412, setakat jam 2 petang ini.

Mengikut laman sesawang rasmi Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), tiga stesen menunjukkan kualiti udara sangat tidak sihat iaitu di Sarikei (217), Samarahan (212) dan Kuching (239), Sarawak.

Manakala 18 stesen dengan bacaan IPU tidak sihat dengan sedikit penurunan di beberapa kawasan seperti Tasek Ipoh (128) di Perak; Batu Muda (151), Cheras (145) di Kuala Lumpur; Johan Setia (143), Petaling Jaya (135), Shah Alam (127), Klang (109), Banting (111) di Selangor serta Putrajaya (136).

Empat lagi kawasan juga menunjukkan penurunan iaitu Segamat (101), Johor Bahru; Bintulu (106), Mukah (130) dan Sibu (179) di Sarawak.

Sementara itu, dua kawasan pula menunjukkan bacaan IPU meningkat iaitu Nilai (135) di Negeri Sembilan; Miri (104) di Sarawak.

Berita Harian X