KUALA LUMPUR: Situasi jerebu di negeri pantai barat Semenanjung menunjukkan perubahan positif apabila Indeks Pencemaran Udara (IPU) di beberapa lokasi mencatatkan bacaan tidak melebihi 200 berbanding semalam.
Setakat jam 10 pagi tadi, hanya Balik Pulau di Pulau Pinang masih berada pada paras sangat tidak sihat iaitu 204.

Bagaimanapun tiada sebarang perubahan di Sarawak sejak malam tadi apabila enam lokasi masih mencatatkan bacaan IPU sangat tidak sihat dengan satu daripadanya menghampiri paras berbahaya.
Enam lokasi itu adalah Mukah (205), Sibu (242), Sarikei (233), Sri Aman (210), Samarahan (229) dan Kuching (273).
Sebanyak 38 lokasi mencatatkan bacaan IPU tidak sihat pula adalah di Kedah iaitu Sungai Petani (128), Kulim Hi-Tech (126), manakala di Pulau Pinang adalah Seberang Jaya (142), Seberang Perai (129) dan Minden (171)

Di Perak, Taiping (130), Tasek Ipoh (146), Pegoh Ipoh (117) dan Seri Manjung (115). Di ibu negara, Batu Muda (139) dan Cheras (143) manakala Putrajaya (144).
Enam lokasi di Selangor adalah, Kuala Selangor (123), Petaling Jaya (158), Shah Alam (149), Klang (133), Banting (143) dan Johan Setia Klang (167).
Di Negeri Sembilan, Nilai (160), Seremban (129) dan Port Dickson (159) manakala Melaka membabitkan Alor Gajah (134), Bukit Rambai (143) dan Bandaraya Melaka (139).
Johor pula di Segamat (142), Batu Pahat (133), Kluang (137), Larkin (155), Pasir Gudang (120), Kota Tinggi (117) dan Tangkak (134).
Di pantai timur Semenanjung, tiga lokasi di Terengganu mencatatkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Kemaman (102), Paka (104) dan Kuala Terengganu (121).
Empat lokasi di Sarawak yang mencatatkan bacaan IPU bawah 200 adalah ILP Miri (108), Miri (110), Samalaju (134) dan Bintulu (148).