Sabtu, 14 September 2019 | 3:32pm
Keadaan jerebu melanda di sekitar Kampung Johan Setia, Klang. - NSTP/Faiz Anuar

JEREBU: 3 kawasan sangat tidak sihat petang ini

KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga lokasi mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sangat tidak sihat manakala 33 lagi tidak sihat sehingga jam 2 petang ini.

IPU yang sangat tidak sihat dicatatkan di Tangkak, Johor (209) dan dua lokasi di Sarawak iaitu Samarahan (205) serta Kuching (226).

Sementara itu, IPU di Johan Setia Klang, Selangor yang mencatat bacaan sangat tidak sihat semalam iaitu sehingga 300 bertambah baik kepada 164 sehingga jam 2 petang, tetapi masih dikategorikan tidak sihat.


Keadaan jerebu di Kuching dengan kualiti Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap tidak sihat iaitu 213. - NSTP/Mohd Radzi Bujang

Stesen lain mencatatkan bacaan tidak sihat adalah Tasek Ipoh (109), Batu Muda (146), Cheras (134), Putrajaya (141), Kuala Selangor (114) , Petaling Jaya (140), Shah Alam (135), Klang (134), Banting (149), Nilai (151), Seremban (126) dan Port Dickson (179).

Alor Gajah (160), Bukit Rambai (156), Bandaraya Melaka (154), Segamat (144), Batu Pahat (119), Kluang (133), Larkin (110), Rompin (107), Temerloh (151), Jerantut (154), Indera Mahkota (129), Balok (123) dan Kemaman (108).

Tawau (131), Samalaju (102), Bintulu (117), Mukah (113), Sibu (145), Sarikei (151) dan Sri Aman (151).


Keadaan jerebu di Plaza Tol Ampangan di Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatat bacaan 105 pada petang ini. - Foto BERNAMA

Jabatan Alam Sekitar (JAS) pada Isnin mengeluarkan kenyataan bahawa kebakaran hutan di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia menyebabkan jerebu merentas sempadan dan memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di negara ini.


Keadaan jerubu di Jambatan Kedua Muar dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai 211. - NSTP/Adi Safri

Berita Harian X