Sabtu, 14 September 2019 | 9:40am
Pemandangan dari tingkat 7, Bangunan Wisma Persekutuan Tawau, keadaan jerebu di sekitar pusat bandar Tawau dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat 113 setakat jam 8 pagi. - Foto Abdul Rahemang Taiming

IPU terus merosot di Johan Setia, Tangkak dan Kuching

KUALA LUMPUR: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di tiga kawasan di negara ini pada jam 8 pagi tadi berada di tahap sangat tidak sihat.

Kawasan berkenaan ialah Johan Setia (204), Selangor; Tangkak (204), Johor dan Kuching (205), Sarawak.

IPU di beberapa negeri lain juga tidak memberangsangkan dengan keadaan jerebu yang semakin tebal.

Menerusi laman sesawang Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), IPU tidak sihat pula direkodkan di Tasek (133) dan Pegoh (118) di Perak; Batu Muda (174) dan Cheras (165) di Kuala Lumpur serta Putrajaya (167).


Bandaraya Kuching kembali dilanda jerebu disebabkan kebakaran di Wilayah Kalimantan dengan kualiti Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap tidak sihat iaitu 205 pada jam 8 pagi. - Foto Mohd Radzi Bujang

Bandaraya Kuching kembali dilanda jerebu disebabkan kebakaran di Wilayah Kalimantan dengan kualiti Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencapai tahap tidak sihat iaitu 205 pada jam 8 pagi. - Foto Mohd Radzi Bujang

Di Selangor, IPU tidak sihat membabitkan Kuala Selangor (130), Petaling Jaya (166), Shah Alam (161), Klang (161) dan Banting (164).

Bagi negeri lain, Nilai (179), Seremban (154) dan Port Dickson (182) di Negeri Sembilan; Alor Gajah (166), Bukit Rambai (161) dan Bandaraya Melaka (155) di Melaka; Segamat (150), Batu Pahat (123) dan Kluang (135) di Johor; Rompin (118), Temerloh (150), Jerantut (135), Indera Mahkota (114) dan Balok Baru (104) di Pahang.

Di Sarawak pula tidak banyak berubah dengan empat kawasan masih merekodkan bacaan IPU tidak sihat iaitu Sibu (137), Sarikei (141), Sri Aman (137) dan Samarahan (174).

Sementara itu, satu kawasan di Sabah merekodkan IPU tidak sihat sejak awal pagi tadi iaitu Tawau (118).

Berita Harian X