Jumaat, 13 September 2019 | 1:04pm
Pemandangan kabur akibat jerebu di Lebuh Raya Persekutuan dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara mencatatkan (IPU) 134 pada jam 9.00 pagi. - NSTP/Saddam Yusoff

Johan Setia sangat tidak sihat, 26 lagi kawasan tidak sihat

KUALA LUMPUR: Satu kawasan mencatatkan udara sangat tidak sihat dan 26 lokasi tidak sihat akibat jerebu di Semenanjung sehingga tengah hari ini.

Jumlah kawasan yang mencatatkan udara tidak sihat bertambah pada jam 12 tengah hari daripada 20 pada jam 10.50 pagi ini.


Pemandangan Masjid DiRaja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong kelihatan berkabus akibat jerebu. Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang di catatkan pada jam 9 pagi adalah 134 iaitu paras kurang sihat. - NSTP/Roslin Mat Tahir

Kawasan udara sangat tidak sihat ialah di Johan Setia, Selangor yang mencatatkan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 218.

Kawasan yang mencatatkan IPU tidak sihat ialah Sungai Petani, Seberang Jaya, Kulim, Minden, Balik Pulau, Tasek, Pegoh, Seri Manjung, Kuala Selangor dan Klang.


Keadaan jerebu di sekitar IPK Selangor dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) 159 pada pukul 7 petang. - NSTP/Sairien Nafis

Lokasi lain ialah Shah Alam, Petaling Jaya, Batu Muda, Cheras, Putrajaya, Banting, Nilai, Seremban, Port Dickson, Bukit Rambai, Bandaraya Melaka, Tangkak, Segamat, Batu Pahat, Rompin dan Temerloh.

Bacaan IPU di lokasi tidak sihat itu ialah antara 102 hingga 171.

Jabatan Alam Sekitar menyediakan laman web untuk semakan bacaan IPU untuk orang ramai yang boleh dicapai di http://apims.doe.gov.my.


Orang ramai menjalani aktiviti bersenam dalam keadaan jerebu melanda di sekitar Kompleks Sukan Pandamaran, Klang. - NSTP/Faiz Anuar

Berita Harian X