Rabu, 11 September 2019 | 10:36am
PEMANDANGAN Bandaraya Shah Alam berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara mencatatkan (IPU) 137 pada jam 10.00 pagi. - Foto Saddam Yusoff
KEADAAN jerebu di Jeti Tanjung Gemuk berhampiran Jambatan Endau, Rompin. - Foto Muhd Asyraf Sawal
KOMUTER Keretapi Tanah Melayu (KTM) melintasi stesen Keretapi Labu, Negeri Sembilan dalam keadaan berjerebu berikutan sehingga jam 9 pagi ini kadar bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) direkodkan sebanyak 155 iaitu tahap tidak sihat. - Foto Iqmal Haqim Rosman
PEMANDANGAN bandar Kuala Lumpur berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan 145 pada jam 8.45 am. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Rompin catat IPU terburuk jam 10 pagi

KUALA LUMPUR: Daerah Rompin di Pahang mendahului carta sebagai kawasan Indeks Pencemaran Udara (IPU) paling tidak sihat pada jam 10 pagi ini.

Daerah itu juga menjadi satu-satunya kawasan yang berada dalam kedudukan IPU sangat tidak sihat dengan bacaan 227. Ia berada dalam bacaan sedemikian sejak jam 9 malam tadi.

Menerusi maklumat Jabatan Alam Sekitar (JAS), 21 kawasan dalam negara mencatat bacaan tidak sihat dalam tempoh berkenaan.

Kawasan itu adalah, Balik Pulau (109), Seri Manjung (123), Batu Muda (134), Cheras (139), Putrajaya (152), Kuala Selangor (118). Petaling Jaya (137), Shah Alam (139), Klang (130), Banting (129), Nilai (155), Seremban (129), Port Dickson (113), Alor Gajah (110), Bukit Rambai (107), Bandaraya Melaka (105), Tangkak (134), Sri Aman (163), Samarahan (132), Kuching (150) dan Johan Setia Klang (174).

Berita Harian X