Rabu, 11 September 2019 | 7:04am
KEADAAN jerebu di Jeti Tanjung Gemuk berhampiran Jambatan Endau, Rompin. - Foto Muhd Asyraf Sawal
PEMANDANGAN di Putrajaya berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), 151 (tidak sihat) ketika dirakam pada jam 8.10 pagi. - Foto Ahmad Irham Mohd Noor
PEMANDANGAN bandar Kuala Lumpur dan Petaling Jaya berjerebu dengan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) mencatatkan 145 pada jam 7.30 am. Sementara itu titik panas dikesan di Kalimantan, Indonesia memberi kesan kepada peningkatan bacaan IPU di semua kawasan di sepanjang pantai barat Semenanjung Malaysia dan bahagian barat Sarawak. - Foto Syarafiq Abd Samad

Jerebu: Rompin mula catat kualiti udara sangat tidak sihat

KUALA LUMPUR: Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Rompin, Pahang, mula memasuki kategori sangat tidak sihat apabila mencatat bacaan 202, setakat jam 10 malam tadi.

Rompin adalah satu-satunya kawasan dengan bacaan IPU sangat tidak sihat pada waktu berkenaan, menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS).

Selain Pahang, beberapa kawasan di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Sarawak mencatat IPU tidak sihat yang dikaitkan dengan fenomena jerebu ketika ini.

Kawasan terjejas ialah Batu Muda (151) dan Cheras (147) di Kuala Lumpur; Putrajaya (144); dan Petaling Jaya (141), Shah Alam (131), Klang (114), Banting (124) serta Johan Setia, Klang (159) di Selangor.

Bacaan IPU tidak sihat turut direkodkan di Nilai (148), Seremban (124) dan Port Dickson (113) di Negeri Sembilan; Alor Gajah (108), Bukit Rambai (109) dan Bandaraya Melaka (102) di Melaka; serta Tangkak (125), Johor.

Tiga kawasan di Sarawak pula tidak banyak berubah, malam tadi, dengan masih mencatat IPU tidak sihat, iaitu Sri Aman (172), Samarahan (135) dan Kuching (161).

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 (sederhana), 101 ke 200 (tidak sihat), 201 hingga 300 (sangat tidak sihat) dan 300 ke atas (bahaya). – BERNAMA

Berita Harian X