Selasa, 10 September 2019 | 12:32pm
Gambar fail, Datuk Amhari Efendi Nazaruddin (kiri) ketika hadir pada perbicaraan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB yang diadakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 3 September lalu. - Foto Mohd Khairul Helmy Mohd Din

Amhari tidak iystihar pinjaman dari Jho Low

KUALA LUMPUR: Bekas Pegawai Khas Datuk Seri Najib Razak, Datuk Amhari Efendi Nazarudin, tidak mengetahui tindakannya yang tidak mengisytiharkan pinjaman berjumlah AS$200,000 daripada ahli perniagaan, Jho Low adalah satu kesalahan.

Amhari Efendi memberitahu perkara itu ketika menjawab soalan peguam bela, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, pada sesi pemeriksaan balas dalam perbicaraan rasuah dan pengubahan wang haram dihadapi Najib yang memasuki hari keenam di Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Dalam keterangan sebelum ini, Amhari Efendi mengakui Jho Low memberikan pinjaman AS$200,000 kepadanya bagi membantunya membeli sebuah rumah berharga RM1.85 juta pada 2010.

Dalam keterangan itu, Amhari Efendi berkata, ketika itu beliau cuba mendapatkan bantuan daripada ramai pihak termasuk Jho Low dan hanya ahli perniagaan itu yang membantunya memberikan pinjaman untuk membeli sebuah rumah di Kota Damansara.

Muhammad Shafee: Kamu tidak isytihar pinjaman itu kepada kerajaan?

Amhari Efendi : Tidak.

Muhammad Shafee: Adakah kamu tahu bahawa menjadi satu kesalahan sekiranya tidak isytiharkannya?

Amhari Efendi : Saya tidak tahu.

1618 dibaca
Berita Harian X