Sabtu, 31 Ogos 2019 | 11:54am
Pertunjukan udara jet pejuang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) pada sambutan Hari Kebangsaan ke 62 di Dataran Putrajaya. - Foto Aswadi Alias
Perbarisan aset dari Unit Tindak Khas PDRM sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Ruang udara Putrajaya 'bergegar'

PUTRAJAYA: Seperti tahun sebelumnya, sambutan Hari Kebangsaan 2019 memukau penonton melalui segmen pertunjukan lebih 284 aset milik pasukan keselamatan dan ketenteraman awam negara.

Ia membabitkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia).


Anggota ATM yang menyertai perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya. - Foto Aswadi Alias

Pegawai dan Anggota Angkatan Tentera memperagakan aset ketenteraan pada perbarisan sempena Sambutan Hari Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya. - Foto Muhd Zaaba Zakeria

Antara dipertontonkan ialah sistem persenjataan, kenderaan berperisai, aset penyelamatan dan kelengkapan lain.

Paling mengujakan, pertunjukan terbang lintas pesawat udara termasuk jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), selain helikopter yang menggegarkan ruang udara Putrajaya membabitkan 22 helikopter, sembilan pesawat angkut dan 24 pesawat pejuang.


PUTRAJAYA 31 OGOS 2019. Pertunjukan terbang lintas pesawat udara termasuk jet pejuang milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang menggegarkan ruang udara Putrajaya membabitkan 22 helikopter pada sambutan Hari Kebangsaan ke 62 di Dataran Putrajaya. NSTP/ASWADI ALIAS.

Berita Harian X