Rabu, 28 Ogos 2019 | 8:34am
Pelajar hadir ke sekolah dengan memakai topeng muka sebagai langkah keselamatan di SMK Tanjung Adang setelah ditutup selama dua hari berikutan kebakaran hutan yang berlaku sejak seminggu lalu di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

2 sekolah terjejas kebakaran hutan, dibuka hari ini

ISKANDAR PUTERI: Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Adang dan Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Adang, Gelang Patah, dekat sini, mula dibuka semula pagi ini.

Ia selepas dua hari sekolah berkenaan diarahkan tutup berikutan kualiti udara yang tidak sihat disebabkan kebakaran hutan seluas 16.18 hektar berhampiran kawasan itu.

SMK Tanjung Adang terletak hanya 20 meter dari kawasan kebakaran hutan berkenaan.

Tinjauan BH di SMK Tanjung Adang mendapati pelajar mula hadir ke sekolah sejak jam 7 pagi lagi selepas ia mula dibuka hari ini.

Pelajar hadir ke sekolah seperti biasa di SMK Tanjung Adang setelah ditutup selama dua hari berikutan kebakaran hutan yang berlaku sejak seminggu lalu di Jalan Tanjung Kupang, Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

Keadaan kebakaran hutan seluas 40 ekar berhampiran Kampung Tanjung Adang dan Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim
Keadaan kebakaran hutan seluas 40 ekar berhampiran Kampung Tanjung Adang dan Kampung Pekajang, Gelang Patah, Johor Bahru. - Foto Hairul Anuar Rahim

Pelajar yang hadir turut menerima penutup hidung dan mulut yang diserahkan guru di pagar sekolah sebagai langkah berjaga-jaga.

Pengetua sekolah itu, Noor Hafizah Abd Wahab, berkata pelajar dan guru akan diarahkan memakai penutup mulut dan hidung jika asap kebakaran dibawa angin ke kawasan sekolah.

“Semua aktiviti luar ditangguhkan buat sementara waktu sehingga keadaan selamat.

“Pelajar yang mengalami masalah pernafasan juga diminta tidak datang ke sekolah jika tidak sihat bagi mengelakkan kesihatan mereka terjejas.

“Keadaan kualiti udara hari ini juga lebih baik berbanding Ahad dan Isnin lalu berikutan asap atau jerebu sudah berkurangan berbanding kelmarin apabila asap dan jelaga kebakaran memenuhi kawasan sekolah,” katanya.

Berita Harian X