Khamis, 25 Julai 2019 | 5:17pm
ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan mangsa semasa latihan kebakaran, di Balai Berita NSTP. NSTP/Aziah Azmee.
ANGGOTA bomba berusaha menyelamatkan mangsa semasa latihan kebakaran, di Balai Berita NSTP. NSTP/Aziah Azmee.

Latihan kebakaran jamin keselamatan kakitangan NSTP

KUALA LUMPUR: Sebagai persediaan menghadapi situasi tidak dijangka, The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), mengadakan latihan kebakaran untuk kakitangannya, hari ini.

Program latihan kebakaran itu diadakan selama satu jam di Balai Berita Bangsar, di sini, membabitkan kira-kira 1,400 kakitangan.

Latihan turut disertai 45 anggota Pasukan Perkhidmatan Kecemasan (ERT) NSTP, anggota dan pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dari Balai Bomba dan Penyelamat Hang Tuah, Seputeh dan Pantai serta Polis Diraja Malaysia (PDRM).

KUALA LUMPUR 25 JULAI 2019. Kelihatan Warga NSTP keluar dari bangunan semasa anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa pada latihan kebakaran, di Balai Berita NSTP. NSTP/AZIAH AZMEE.
KUALA LUMPUR 25 JULAI 2019. Kelihatan Warga NSTP keluar dari bangunan semasa anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa pada latihan kebakaran, di Balai Berita NSTP. NSTP/AZIAH AZMEE.

KUALA LUMPUR 25 JULAI 2019. Anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa semasa latihan kebakaran, di Balai Berita NSTP. NSTP/AZIAH AZMEE.
KUALA LUMPUR 25 JULAI 2019. Anggota bomba berusaha menyelamatkan mangsa semasa latihan kebakaran, di Balai Berita NSTP. NSTP/AZIAH AZMEE.

KUALA LUMPUR 25 JULAI 2019. Latihan kebakaran, di Balai Berita. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN.
KUALA LUMPUR 25 JULAI 2019. Latihan kebakaran, di Balai Berita. NSTP/HALIMATON SAADIAH SULAIMAN.

LATIHAN kebakaran, di Balai Berita. NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman.
LATIHAN kebakaran, di Balai Berita. NSTP/Halimaton Saadiah Sulaiman.

WARGA NSTP menjalani latihan kebakaran, di Balai Berita NSTP. NSTP/Aziah Azmee.
WARGA NSTP menjalani latihan kebakaran, di Balai Berita NSTP. NSTP/Aziah Azmee.

Latihan bermula jam 10.30 pagi hingga 11.30 pagi itu menggunakan empat jentera bomba termasuk satu jentera ‘Sky Lift Ladder’ dan dua ambulans.

Ketua Komunikasi Korporat NSTP, Wan Abdillah Wan Nawi, berkata latihan itu diadakan untuk menguji kecekapan semua pihak yang terbabit ketika menghadapi detik cemas, khususnya jika berlaku kebakaran.

Beliau berkata, selain anggota pasukan penyelamat, latihan itu turut menggunapakai khidmat lima ‘pelakon’ yang dipilih khusus untuk menjadi mangsa kebakaran yang mana situasi kecemasan dirangka benar-benar mencetus motif disasarkan.

“Kita melakukan latihan ini seperti situasi sebenar yang berlaku dan kali ini tempat berkumpul dipindahkan di Jalan Riong dan Jalan Liku. Latihan seumpama ini akan diadakan setiap dua tahun,” katanya.

Mengulas mengenai latihan itu, beliau berpuas hati apabila setiap aspek perancangan menampakkan situasi sebenar seolah-olah kebakaran sebenar berlaku.

Berita Harian X