Khamis, 25 Julai 2019 | 5:04pm

PM tinjau industri pembuatan dron, helikopter tempur di TAI

ANKARA: Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini meninjau industri pembuatan dron dan helikopter tempur di Turkish Aerospace Industries (TAI) di sini.

Perdana Menteri meluangkan masa kira-kira 40 minit mendengar taklimat mengenai pembikinan teknologi dron dan helikopter tempur buatan Turki.

Bagaimanapun media dilarang berada di dewan taklimat.

Dr Mahathir kemudian dibawa melawat kilang industri aeroangkasa di tempat sama selama kira-kira sejam.

Perdana Menteri yang menaiki buggy, diberi taklimat mengenai pelbagai aspek jenis helikopter tempur dan dron.

Pihak TAI turut mempersembahkan demonstrasi penerbangan ala aerobatik helikopter tempur.


Dr Mahathir menyaksikan persembahan udara ketika melawat TAI sempena lawatan rasmi beliau ke Turki, hari ini. - Foto BERNAMA

Dr Mahathir menjawab pertanyaan media ketika melawat TAI sempena lawatan rasmi beliau pada Khamis. - Foto BERNAMA

Turut sama, Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darrel Leiking dan Duta Besar Malaysia ke Turki, Datuk Abd Razak Abdul Wahab.

TAI ditubuhkan pada 1973 dalam usaha Turki mengurangkan pergantungan kepada industri pertahanan asing.

Ia menjadi pusat reka bentuk sokongan teknologi, pembangunan, pemodenan, perusahaan dan integrasi sistem aeroangkasa Turki.

Pameran pesawat di TAI sempena lawatan rasmi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ke Turki hari ini. - Foto BERNAMA
Dr Mahathir melihat pameran pesawat ketika melawat TAI sempena lawatan rasmi beliau ke Turki, hari ini. - Foto BERNAMA
Dr Mahathir yang menaiki buggy, diberi taklimat mengenai pelbagai aspek jenis helikopter tempur dan dron. - Foto BERNAMA
Berita Harian X