Khamis, 11 Julai 2019 | 7:04pm
Murid dan ibu bapa boleh mendapatkan sisipan Didik dalam akhbar NST pada setiap Sabtu. Gambar kecil, Pengurus Besar Education Vertical The New Straits Times Press (Malaysia) Bhd (NSTP), Farah Ezrin Mohd Rashidi.

Set Ujian Percubaan BH Didik dalam BH, NST setiap Sabtu

KUALA LUMPUR: Calon Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) dan ibu bapa kini boleh mendapatkan set Ujian Percubaan Edisi Ulang Cetak sisipan BH Didik dalam akhbar BH dan juga New Straits Times (NST) pada setiap Sabtu.

Set ujian percubaan 16 muka surat itu akan disiarkan selama tujuh minggu bermula Sabtu hingga 24 Ogos ini bagi membolehkan lebih ramai calon UPSR di seluruh negara mendapatkan bahan ulang kaji.

Pengurus Besar Jabatan Vertikal Pendidikan The New Straits Times Press (NSTP), Farah Ezrin Mohd Rashidi, berkata sisipan keluaran BH ini adalah peneraju dalam penerbitan pendidikan di negara ini.

“Banyak sekolah melanggan sisipan BH Didik dan langkah menerbitkan set ujian percubaan UPSR sepanjang tujuh minggu ini akan dapat meluaskan capaiannya kepada kumpulan sasar.

“Set ujian ini merangkumi semua subjek teras dalam UPSR seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains ,” katanya.

Farah Ezrin berkata, set ujian itu amat berguna dan dapat membantu calon UPSR membuat persediaan sebelum menduduki peperiksaan sebenar, September ini.

Sehubungan itu, beliau berharap setiap murid mendapatkan set ujian itu setiap minggu terutama edisi 24 Ogos ini yang memaparkan soalan berasaskan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT).

Sementara itu, Ketua Pengedaran dan Pengeluaran (Jualan) NSTP, Prakash Munusamy, berkata sisipan Didik dan set ujian yang disediakan mampu membantu murid membuat persediaan rapi menjelang peperiksaan sebenar.

“Saya amat berharap setiap sekolah, organisasi dan murid khususnya calon UPSR mendapatkan set ujian itu yang disiarkan dalam BH dan NST setiap Sabtu sehingga 24 Ogos ini,” katanya.

Orang ramai yang berminat melanggan Set Ujian Percubaan ini boleh menghubungi talian 017-2474749 (Johor), 019-2831559 (Kelantan), 012-9549951 (Pahang), 012-9635046 (Negeri Sembilan dan Melaka), 013-782 5448 (Kuala Lumpur dan Putrajaya), 017-6618537 (Perak), 019-2162771 (Selangor), 013-3303024 (Terengganu) serta 017-451891 (Pulau Pinang, Kedah dan Perlis).

Berita Harian X