Jumaat, 28 Jun 2019 | 7:35pm
Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali 9dua dari kanan) bersalaman bersama Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Kamal Khalid pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di Grand Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Lebih 5,000 hadiri rumah terbuka MPB

KUALA LUMPUR: Lebih 5,000 tetamu hadir memeriahkan majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) yang diadakan di sebuah hotel di ibu kota, petang tadi.

Majlis tahunan itu turut dihadiri pengurusan kanan Media Prima termasuk Pengerusi Kumpulan, Datuk Mohd Nasir Ahmad; Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Kamal Khalid dan Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan, Farnida Ngah.

Hadir sama, Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial Media Prima Berhad, Mustapha Kamil Mohd Janor; Pengarang Kumpulan BH, Khaidir A Majid dan Pengarang Kumpulan NST, Rashid Yusof.

Pada majlis itu, hampir 10 gerai di bawah MPB turut dibuka kepada tetamu dengan pelbagai kegiatan turut disediakan.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua dari kiri) ketika hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di Grand Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. - NSTP/Eizairi Shamsudin
Datuk Seri Mohamed Azmin Ali (dua dari kiri) ketika hadir pada majlis rumah terbuka Aidilfitri Media Prima Berhad (MPB) di Grand Ballroom, Hotel Hilton, Kuala Lumpur. - NSTP/Eizairi Shamsudin

Antara gerai disediakan ialah Hijab & Heels, CJ Wow Shop, Tonton dan gerai rangkaian radio MPB.

Majlis turut dihadiri beberapa tetamu kenamaan dan menteri seperti Menteri Pertahanan, Mohamad Sabu; Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Mohamad Azmin Ali; Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun; Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM), Datuk Liew Vui Keong dan Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari.

Majlis yang berakhir sekitar jam 8 malam tadi turut dimeriahkan dengan kehadiran tetamu jemputan dan rakan artis lama dan baharu.

Berita Harian X