Khamis, 23 Mei 2019 | 3:14pm
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika meninjau harga beberapa barang kawalan selepas Majlis Pembukaan semula Giant Hypermarket Batu Caves dengan berwajah baru di sini hari ini. Turut sama Pengurus Giant Hypermaket Batu Caves Jeffrey Suresh (kiri). - Foto BERNAMA
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail ketika meninjau harga beberapa barang kawalan selepas Majlis Pembukaan semula Giant Hypermarket Batu Caves dengan berwajah baru di sini hari ini. Turut sama Pengurus Giant Hypermaket Batu Caves Jeffrey Suresh (kiri). - Foto BERNAMA

KPDNHEP selesai teliti mekanisme subsidi petroleum bersasar

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sudah selesai memuktamadkan kajiannya berhubung mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu, kata Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Beliau berkata, hasil yang dimuktamadkan itu akan dibentangkan ke Kabinet terlebih dulu sebelum boleh dilaksanakan.

Katanya, pelaksanaan mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu perlu mengambil kira pelbagai aspek berkaitan termasuk penentuan harga kesan kenaikan harga minyak mentah dunia dan kepentingan pemegang taruh.

“Saya masih menunggu saat sesuai dan tepat untuk membentangkan perkara itu kepada jemaah menteri kerana ia membabitkan impak kewangan kerajaan, kesediaan pemegang taruh seperti syarikat minyak dan pengedar petroleum, selain keperluan rakyat,” katanya pada sidang media selepas melancarkan wajah baharu Pasaraya Besar Giant Batu Caves di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai pelaksanaan mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu yang dikatakan akan dilaksanakan tahun ini.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Amiruddin Hamzah dilaporkan berkata, kerajaan dijangka mengumumkan mekanisme subsidi petroleum bersasar baharu awal tahun ini.

Saifuddin berkata, kerajaan perlu mneliti sebelum melaksanakan mekanisme berkenaan supaya mencapai matlamatnya.

Katanya, kerajaan memang berada dalam garis masa untuk pelaksanaan mekanisme itu.

“Kita mahu apabila dilaksanakan nanti, ia memberi kelegaan kepada semua pihak terbabit terutama rakyat,” katanya

Berita Harian X