Khamis, 9 Mei 2019 | 11:58am
Ketua PKR Cabang Seremban Dr Ahmad Azam Hamzah mengangkat sumpah sebagai anggota Dewan Negara di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri S.A. Vigneswaran di Parlimen, hari ini. Beliau mengangkat sumpah jawatan berkenaan untuk tempoh 2019 hingga 2021. - Foto BERNAMA

Dr Ahmad Azam angkat sumpah ahli Dewan Negara

KUALA LUMPUR: Ketua PKR Cabang Seremban Dr Ahmad Azam Hamzah hari ini mengangkat sumpah sebagai ahli Dewan Negara.

Beliau mengangkat sumpah jawatan berkenaan untuk tempoh 2019 hingga 2021 di hadapan Yang di-Pertua Dewan Negara, Tan Sri SA Vigneswaran.

Pelantikan Dr Ahmad Azam, 58, itu dicadangkan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun pada hari terakhir Persidangan Pertama Penggal Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan ke-14, pada 29 April lalu.

Dr Ahmad Azam yang berasal dari Kemaman, Terengganu, sebelum menetap di Negeri Sembilan sejak 1989, adalah doktor veterinar di syarikat CP Holding.

Berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah Perubatan Veterinar, beliau mula bergiat aktif dalam arena politik sejak 1998 bermula dengan memegang jawatan Bendahari Penaja PKR.

Beliau juga pernah memegang jawatan selaku Pengerusi PKR negeri pada 2005 hingga 2007, dan kini berkhidmat sebagai Ketua PKR Cabang Seremban. – BERNAMA

Berita Harian X