Selasa, 7 Mei 2019 | 6:37pm
Kakitangan Lynas membuat pemprosesan nadir bumi di Kilang Proses Kawasan Perindustrian Gebeng. - Arkib NSTP
Kakitangan Lynas membuat pemprosesan nadir bumi di Kilang Proses Kawasan Perindustrian Gebeng. - Arkib NSTP

Lynas dapat kelulusan proses nadir bumi

KUALA LUMPUR: Lynas Malaysia Sdn Bhd sememangnya memiliki kelulusan untuk memproses nadir bumi di Australia, di sebuah lombong yang terletak di bahagian barat negara itu.

Pengarah Urusan Lynas Malaysia Sdn Bhd, Datuk Mashal Ahmad berkata, pihaknya sebelum ini sudah menyatakan hasrat mempertimbangkan langkah pemprosesan bahan itu di negara berkenaan..

“Ini termasuk menggunakan beberapa proses berkaitan, termasuk secara ‘çracking’ dan ‘leaching’ berdekatan lombong di sana (Australia).

“Malah, Lynas turut memiliki kelulusan dan kebenaran untuk tujuan bahan berkenaan di Australia,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan media negara itu yang melaporkan kerajaan Australia Barat terbuka untuk berbincang mengenai pemprosesan nadir bumi di negara itu.

Mengulas mengenai laporan mengenai kerajaan Australia Barat tidak akan menerima nadir bumi dari luar negara, Mashal menjelaskan, Malaysia juga memiliki peraturan sama yang tidak membenarkan import bahan buangan yang melalui proses nilai tambah di luar negara.

Akhbar Australia sebelum ini menolak usaha Putrajaya untuk menghantar sisa radioaktif dari loji pemprosesan nadir bumi Lynas ke negara itu.

Berita Harian X