Selasa, 26 March 2019 | 12:46pm
Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik. - NSTP/Zulfadhli Zulkifli

Cuti berganti sekolah akan diputuskan JPN Johor - Maszlee

KUALA LUMPUR: Status sama ada cuti sekolah perlu ganti atau tidak bagi 111 sekolah yang ditutup akibat terjejas dengan pencemaran sisa kimia, di Pasir Gudang, baru-baru ini akan diputus Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Johor.

Sehubungan itu, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik menegaskan bahawa beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan supaya cuti akibat bencana sisa kimia Sungai Kim Kim, di Pasir Gudang perlu diganti.

Katanya, pada sidang media kelmarin, beliau memaklumkan sama ada cuti perlu diganti atau sebaliknya akan dimaklumkan kemudian melalui JPN, sebelum pemakluman dibuat kepada PPD Pasir Gudang dan sekolah.

Kelmarin, BH Online melaporkan bahawa cuti penutupan sementara sebanyak 111 sekolah di Pasir Gudang, akibat bencana pencemaran sisa kimia berbahaya di Sungai Kim Kim perlu diganti semula.

Berita Harian X