Khamis, 21 March 2019 | 10:42am

Dewan Rakyat bertafakur

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat bertafakur selama seminit pada awal sesi pagi tadi bagi memperingati kematian Muhammad Haziq Mohd Tarmizi, 17, yang disahkan antara 50 mangsa maut dalam insiden tembakan rambang di dua masjid di Christchurch, New Zealand.

Ia susulan pengesahan Wisma Putra beberapa jam sebelum itu mengenai status remaja berkenaan yang dilaporkan hilang sejurus serangan berdarah terbabit pada Jumaat lalu.

Muhammad Haziq anak kedua Mohd Tarmizi Shuib, 42, rakyat Malaysia yang parah dalam serangan di Masjid Al Noor. Ketika kejadian, Mohd Tarmizi bersama Muhammad Haziq dan seorang lagi anaknya, Mohd Haris, 12, hadir untuk menunaikan solat Jumaat di masjid itu.

Mohd Haris terselamat tetapi trauma, manakala bapa mereka parah ditembak. Insiden itu mengorbankan 50 individu serta mencederakan puluhan yang lain, termasuk tiga rakyat Malaysia, pada jam 1.40 tengah hari (waktu tempatan), Jumaat lalu.

Berita Harian X