Sabtu, 16 March 2019 | 11:05pm
Portal berita New Zealand hari ini menyiarkan beberapa gambar dan nama mangsa yang terkorban dalam dua masjid di Christchurch semalam.
Portal berita New Zealand hari ini menyiarkan beberapa gambar dan nama mangsa yang terkorban dalam dua masjid di Christchurch semalam.

NZ Herald siar gambar, nama mangsa yang terkorban, hilang

KUALA LUMPUR: Portal berita New Zealand hari ini menyiarkan beberapa gambar dan nama mangsa yang terkorban serta hilang dalam insiden keganasan terhadap umat Islam yang sedang beribadat dalam dua masjid di Christchurch semalam.

NZ Herald melaporkan, mereka yang menjadi mangsa terdiri daripada bapa, ibu, datuk, nenek serta anak yang menjadi pelarian dari negara asal selain mereka yang lahir di negara Kiwi terbabit.

Mereka yang terkorban termasuk kanak-kanak berusia empat tahun berasal dari Somalia serta remaja berusia 14 tahun.

“Abdullahi Dirie, 4, terkorban selepas terkena tembakan. Bapanya, Adan Ibrahin Dirie cedera manakala tiga lagi anaknya selamat.

RATUSAN penduduk berkumpul memberi penghormatan terakhir penuh emosi kepada Sayyad Milne. - Foto EPA
RATUSAN penduduk berkumpul memberi penghormatan terakhir penuh emosi kepada Sayyad Milne. - Foto EPA

“Seorang lagi remaja yang terkorban ialah Sayyad Milne, 14, meninggal dunia di Masjid Al-Noor, lokasi kejadian tembakan,” lapor portal berkenaan.

Turut dilaporkan terkorban ialah pelarian Syria, Khaled Mustafa manakala anak lelakinya, Hamza berusia 16 tahun, dilaporkan hilang sejurus kejadian terbabit.

Naeem Rashid
Naeem Rashid

Husne Ara Parvin
Husne Ara Parvin

Haroon Mahmood
Haroon Mahmood

Selain Abddulahi, Sayyad dan Khaled, mereka yang terbunuh dalam insiden itu ialah Naeem Rashid dan anaknya, Talha; Mojammel Hoq, 30; Haroon Mahmood, 40; Husne Ara Parvin, 42; Mohammad Imran Kahn, 47; Amjad Hamid, 57; Linda Armstrong, 65; Haji-Daoud Nabi, 71; dan Lilik Abdul Hamid.

Haji Daoud Nabi
Haji Daoud Nabi

Lilik Abdul Hamid
Lilik Abdul Hamid

Amjad Hamid
Amjad Hamid

Mucad Ibrahim
Mucad Ibrahim

Farhaj Ashan
Farhaj Ashan

Mereka yang dilaporkan masih hilang ialah, Mucad Ibrahim, 3; Hamza Khaled, 16; Ansi Karippakulam Alibava, 25; Vora Ramiz, 28; Farhaj Ahsan, 30; Mojammel Hoq, 30; Syed Jahandad Ali, 34; Hussain Al-Umari, 36; Osama Adnan, 37; Kamel Darwish, 39; Abdelfattah Qasem, 59 dan Ali Elmadani, 66.

Syed Jahandad Ali
Syed Jahandad Ali

Sekurang-kurangnya 49 terkorban, manakala 48 lagi mangsa termasuk tiga rakyat Malaysia cedera dalam insiden keganasan terhadap umat Islam yang sedang beribadat dalam dua masjid di Christchurch.

Osama Adnan
Osama Adnan

Atta Elayyan
Atta Elayyan

Serangan itu disasarkan ketika umat Islam sedang menunaikan solat Jumaat, apabila seorang lelaki menyerbu masuk dan melepaskan tembakan rambang terhadap jemaah.

Ketika melakukan serangan terbabit, penyerang bersenjatakan raifel itu turut memuat naik keganasan berkenaan secara langsung menerusi akaun laman sosial Facebook dan Twitternya.

Berita Harian X