Jumaat, 15 March 2019 | 2:13pm
Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush bercakap kepada media selepas serangan rambang di masjid Christchurch di Wellington - AFP

Polis New Zealand tahan empat orang susulan serangan masjid di Christchurch

WELLINGTON: Polis New Zealand menahan empat orang susulan kes tembakan rambang di dua masjid di bandar Christchurch, New Zealand hari ini.

Pesuruhjaya Polis New Zealand, Mike Bush, pada sidang media berkata, empat yang ditahan termasuk seorang wanita.

“Terdapat juga laporan bahawa IED (bahan letupan buatan sendiri) dilekatkan pada kenderaan tetapi pihak kami berjaya mengeluarkannya,” katanya.

Katanya, tidak mustahil untuk menganggarkan bahawa serangan itu adalah yang terpencil di Christchurch.

“Buat masa ini kita tidak boleh membuat andaian. Media New Zealand sudah melaporkan bahawa antara sembilan hingga 27 orang terkorban,” katanya. - Reuters

Berita Harian X