Rabu, 6 Februari 2019 | 11:44pm
SULTAN Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (duduk lima, kanan) dan Sultanah Kedah Sultanah Maliha Al Marhum Tengku Ariff (duduk empat, kanan) berkenan bergambar bersama tetamu jemputan pada Majlis Santapan Malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kedah. - Foto BERNAMA

Sultan, Sultanah Kedah berangkat ke majlis santapan malam

ALOR SETAR: Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah berkenan berangkat ke Majlis Santapan Malam sempena sambutan Tahun Baharu Cina anjuran Dewan Perhimpunan Cina Kedah di sini malam ini.

Turut berangkat sama ke majlis santapan itu ialah Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff.

Kerabat diraja lain yang turut berangkat sama ialah Raja Muda Kedah, Tengku Sarafudin Badlishah Sultan Sallehuddin dan Raja Puan Muda Kedah, Che Puan Muda Zaheeda Mohamad Ariff; Tunku Bendahara Kedah, Datuk Seri DiRaja Tan Sri Tunku Abdul Hamid Thani Sultan Badlishah dan Tunku Laksamana Kedah, Datuk Tunku Shazuddin Ariff Sultan Sallehuddin.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ammar Shaikh Mahmood Naim turut serta menghadiri majlis santapan berkenaan.

Sultan dan Sultanah Kedah itu turut berkenan menggaul Yee Sang bersama kerabat Diraja lain dengan turut disertai Pengerusi Dewan Perhimpunan Cina Kedah, Datuk Cheng Lai Hock. - BERNAMA

Berita Harian X