Rabu, 2 Januari 2019 | 9:53am

Tidak akan berlaku lambakan di sekolah harian biasa

PUTRAJAYA: Dasar kerajaan yang menawarkan sehingga 60 peratus daripada keseluruhan penempatan di Sekolah Berasrama Penuh (SBP) kepada golongan B40 tidak akan menyebabkan lambakan pelajar di sekolah harian biasa.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata perkara itu tidak menjadi isu kerana setiap sekolah mempunyai kuota kemasukan masing-masing.

"Dasar Kementerian Pendidikan pada kali ini adalah kita ingin mengembalikan semangat sekolah berasarama penuh. Kalau dulu kita lihat SBP adalah untuk mereka dari golongan miskin dan luar bandar dan kurang kemampuan.

"Tetapi mutakhir ini, ia (SBP) jadi seperti sekolah elit dan untuk anak org kaya. Akhirnya anak-anak dari golongan kurang kemampuan (walaupun layak) tidak mendapat peluang.

"Dasar kita pada kali ini adalah ingin bantu ekonomi rakyat dan bantu golongan berpendapatan rendah memberi peluang supaya anak mereka dapat pendidikan di sekolah berasrama penuh.

MENTERI Pendidikan, Maszlee Malik beramah mesra dengan pelajar Tahun 1 yang memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). - Foto Mohd Fadli Hamzah
MENTERI Pendidikan, Maszlee Malik beramah mesra dengan pelajar Tahun 1 yang memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). - Foto Mohd Fadli Hamzah

"Bukan sekadar kepada B40 semata-mata tetapi kita juga tumpukan kepada golongan miskin kota. Seperti anak anggota beruniform yang berpangkat rendah kita beri peluang kepada anak mereka (yang layak) untuk bersekolah di asrama penuh seterusnya dapat tingkatkan ekonomi apabila mereka berjaya," katanya.

Beliau ditemui pada sidang media selepas mengadakan lawatan hari pertama sesi persekolahan 2019 di Sekolah Kebangsaan Presint 14(1) Putrajaya, di sini, hari ini.

Sebelum ini, Kementerian Pendidikan mengumumkan pihaknya akan menawarkan sehingga 60 peratus daripada keseluruhan penempatan di SBP kepada pelajar golongan B40 bagi sesi persekolahan tahun ini.

Bagaimanapun, menurut Kementerian Pendidikan tawaran ke Tingkatan Satu di SBP itu juga mengambil kira beberapa faktor lain seperti pemilihan sekolah oleh pemohon, kapasiti enrolmen sesebuah sekolah, jantina dan lokaliti pemohon.

Seramai 465,411 murid Tahun Satu dan kira-kira 4.7 juta pelajar sekolah rendah dan menengah mendaftar pada sesi persekolahan 2019 di seluruh negara.

MENTERI Pendidikan, Maszlee Malik beramah mesra dengan pelajar Tahun 1 yang memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). - Foto Mohd Fadli Hamzah
MENTERI Pendidikan, Maszlee Malik beramah mesra dengan pelajar Tahun 1 yang memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). - Foto Mohd Fadli Hamzah

MENTERI Pendidikan, Maszlee Malik beramah mesra dengan pelajar Tahun 1 yang memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). - Foto Mohd Fadli Hamzah
MENTERI Pendidikan, Maszlee Malik beramah mesra dengan pelajar Tahun 1 yang memulakan hari pertama persekolahan di Sekolah Kebangsaan Putrajaya Presint 14 (1). - Foto Mohd Fadli Hamzah
Berita Harian X