Selasa, 4 Disember 2018 | 1:09pm
Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah (tiga kiri) selaku Kolonel Yang DiPertua Regimen Askar Melayu DiRaja berkenan melakukan acara tepung tawar sebagai simbolik pentauliahan panji-panji baharu Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Regimen Batalion Pertama dan Ketujuh Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) di Kem Perdana Sungai Besi. Turut mengiringi Pengerusi RAMD Lt Jen Datuk Azizan Md Delin (dua kiri). - Foto Hafiz Sohaimi

Sultan Kedah berkenan sempurnakan istiadat Pertukaran Panji-panji RAMD

KUALA LUMPUR: Sultan Kedah Sultan Sallehuddin Ibni Almarhum Sultan Badlishah hari ini berkenan menyempurnakan istiadat Pertukaran Panji-panji Rejimen Batalion Pertama dan Ketujuh Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD)di Kem Perdana Sungai Besi, di sini.

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua RAMD turut bertitah meminta supaya kedua-dua batalion memantapkan kesatuan serta meningkatkan kesiagaan keupayaan tempur untuk mempertahankan kedaulatan agama, bangsa dan negara.

“Beta amat berbangga dengan prestasi yang ditunjukkan oleh kedua-dua batalion ini dalam melaksanakan amanah yang diberi oleh rakyat jelata.

“Sehubungan itu beta menaruh sepenuh kepercayaan bahawa kedua-dua batalion ini akan terus dapat mengekalkan keyakinan itu,” titah baginda selepas selesai Perbarisan Mara Mengadap.

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Kolonel Yang DiPertua Regimen Askar Melayu DiRaja memeriksa perbarisan terdiri daripada 26 pegawai dan 395 anggota diketuai oleh Lt Kol Mohd Radzi Othman dan Lt Sukri Bakar ketika Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Regimen Batalion Pertama dan Ketujuh Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) di Kem Perdana Sungai Besi. - Foto Hafiz Sohaimi

Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin ibni Almarhum Sultan Badlishah selaku Kolonel Yang DiPertua Regimen Askar Melayu DiRaja berkenan memberi tabik hormat kepada perbarisan terdiri daripada 26 pegawai dan 395 anggota diketuai oleh Lt Kol Mohd Radzi Othman dan Lt Sukri Bakar ketika Istiadat Perbarisan Pertukaran Panji-Panji Regimen Batalion Pertama dan Ketujuh Regimen Askar Melayu DiRaja (RAMD) di Kem Perdana Sungai Besi. - Foto Hafiz Sohaimi

Baginda yang juga Kolonel Yang Dipertua RAMD, bertitah agar kedua-dua batalion mengotakan ikrar yang dilafazkan mereka hari ini agar Malaysia tetap terpelihara daripada sebarang ancaman petualang negara.

“Peranan saudara semua amat penting bagi menyokong agenda membina negara bangsa.

“Beta juga ingin menekankan di sini bahawa setiap lapisan warga pasukan perlu mempertahankan asas profesionalisme ketenteraan melalui amalan nilai-nilai rejimental sepeti yang dipamerkan hari ini,” titah baginda lagi.

Turut berangkat, Sultanah Kedah, Sultanah Maliha Tengku Ariff dan Raja Muda Kedah, Tengku Sarafuddin Badlishah Ibni Al Aminul Karim Sultan Salehuddin.

Titah baginda lagi, matlamat penganugerahan panji-panji adalah sebagai pengurniaan tertinggi bagi menghargai perkhidmatan dan kesetiaan yang dimanifestasikan oleh batalion-batalion kepada raja dan negara.

Terdahulu, baginda menyempurnakan upacara pentauliahan panji-panji menerusi acara tepung tawar sebagai simbolik pentauliahan panji-panji baharu.

Ini diikuti penyematan selempang panji-panji oleh Baginda kepada pegawai-pegawai panji-panji sebelum disusuli lafaz ikrar panji-panji oleh Ketua Perbarisan.

Perbarisan disertai 26 pegawai dan 395 anggota diketuai Pegawai Memerintah Batalion Pertama RAMD, Leftenan Kolonel Mohd Radzi Othman dan Pegawai Memerintah Batalion Ketujuh RAMD, Leftenan Kolonel Sukri Bakar.

Yang turut hadir, Panglima Medan Barat Tentera Darat selalu Pengerusi RAMD, Leftenan Jeneral Datuk Azizan Md Delin.

Berita Harian X