Ahad, 11 November 2018 | 8:11am
SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah dan Tuanku Zara Salim, menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2018 di Dataran Pavillion,Kuala Kangsar. Turut menyertai larian, Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah dan puteri Sultan Perak, Raja Nazira Safya. - NSTP/Abdullah Yusof

Sultan Nazrin sertai Larian Hari Keputeraan

KUALA KANGSAR: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim, menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2018 di Dataran Pavillion di sini, hari ini.

Turut menyertai larian, Raja Kecil Besar, Raja Datuk Seri Azlan Muzzaffar Shah dan puteri Sultan Perak, Raja Nazira Safya.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan isteri, Datin Seri Nomee Ashikin serta barisan EXCO negeri.

Larian sempena Hari Keputeraan Sultan Perak yang disambut 2 November lalu, menyaksikan hampir 7,000 penyertaan dari dalam dan luar negara.

Sultan Nazrin turut berkenan melakukan pelepasan peserta larian pada jam 6.45 pagi membabitkan kategori 15 kilometer (km), 10 km dan 7 km.


SULTAN Nazrin Muizzuddin Shah dan Tuanku Zara Salim, menyertai Larian Hari Keputeraan Sultan Perak 2018 di Dataran Pavillion,Kuala Kangsar. Turut menyertai larian, Raja Kecil Besar, Raja Azlan Muzaffar Shah dan puteri Sultan Perak, Raja Nazira Safya. - NSTP/Abdullah Yusof

Pelepasan kategori tetamu kehormat yang membabitkan jarak dua km dilakukan oleh adinda Sultan Nazrin, Raja Datuk Seri Yong Sofia.

Larian bagi kategori tetamu kehormat turut disertai barisan pemain skuad Piala Malaysia diketuai Ketua Jurulatih Mehmet Durakovic dan juga pemain skuad hoki Piala Razak.

Selepas larian, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara dijangka berkenan untuk turut bersama-sama penyokong bagi sambutan meraikan Piala Malaysia dan Piala Razak yang diadakan di dataran ini.

Berita Harian X