Sabtu, 27 Oktober 2018 | 7:32pm
MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian mencuba permainan Roda Impian sambil diperhatikan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid (dua dari kanan) dan Pengurus Besar Hijab & Heels, Angeline Tan (kanan) di gerai Hijab & Heels di Karnival Jom Heboh 2018 di Angsana Mall Johor Bahru. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian diiringi Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid (lima dari kanan) bergambar bersama kanak-kanak di gerai Bananana di Karnival Jom Heboh 2018 di Angsana Mall Johor Bahru. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

PENGUNJUNG turut mengunjungi gerai Trafik PDRM bagi menyemak dan membayar saman dengan tawaran diskaun ditawarkan sebanyak 50 peratus ketika Karnival Jom Heboh 2018 di Angsana Mall Johor Bahru. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

PENGUNJUNG berpeluang berselfie dengan personaliti Syifa Melvin di gerai Hijab & Heels ketika Karnival Jom Hheboh 2018 di Angsana Mall Johor Bahru. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Jom Heboh bawa hiburan hujung minggu kepada rakyat Johor

JOHOR BAHRU: Karnival Jom Heboh (KJH) anjuran Media Prima Berhad (MPB) di Angsana Mall Johor Bahru di sini, dilihat memberi impak dalam membawa hiburan hujung minggu kepada rakyat negeri ini.

Menteri Besar Datuk Osman Sapian, berkata program tahunan itu turut merangsang ekonomi penduduk bandar raya itu terutama aktiviti jualan di kawasan berkenaan.

“Karnival Jom Heboh yang berlangsung lebih 10 tahun ini, memberi impak kepada orang ramai dalam mendapatkan hiburan hujung minggu.

“Selain itu ia memberi peluang kepada peniaga menjual pelbagai barangan seperti makanan dan pakaian kepada pelanggan termasuk warga Singapura,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melawat Karnival Jom Heboh anjuran MPB di sini hari ini.

Daerah itu adalah destinasi terakhir siri jelajah selepas Pulau Pinang dengan menampilkan pelbagai aktiviti di gerai utama seperti Banana!, Raudhah, Drama Sangat serta Gelanggang #KitaJuara.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Johan Ishak.

PERTANDINGAN memakai hijab di gerai Hijab & Heels di Karnival Jom Heboh 2018 di Angsana Mall Johor Bahru. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

PERTANDINGAN makan Samyang di gerai Hijab & Heels di Karnival Jom Heboh 2018 di Angsana Mall Johor Bahru. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

MENTERI Besar Johor, Datuk Osman Sapian menerima cenderahati yang disampaikan Pengurus Besar Hijab & Heels, Angeline Tan sambil diperhatikan Pengarah Urusan Kumpulan Media Prima, Datuk Kamal Khalid (tengah) di gerai Hijab & Heels di Karnival Jom Heboh 2018 di Angsana Mall Johor Bahru. - NSTP/Hairul Anuar Rahim

Osman berkata, program itu dapat merapatkan hubungan silaturahim bukan saja kepada peniaga yang mengambil bahagian tetapi penonton TV3 di negeri itu.

Sementara itu, Johan berkata, pihaknya menyasarkan 500,000 pengunjung membanjiri KJH sepanjang penganjuran yang bermula Jumaat lalu.

“Johor antara lokasi unik yang sentiasa mendapat jumlah pengunjung teramai setiap tahun penganjuran KJH.

“Kami membawa pelbagai jenama program popular kepada peminat setia TV3 termasuk program berbentuk Islamik Raudhah, Drama Sangat dan Banana!,” katanya.

Bagi KJH katanya, pihaknya sentiasa mengalu-alukan semua warga Johor, Melaka dan Singapura meluangkan masa dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang dianjurkan.

“Paling penting, pelbagai gerai menawarkan pakej barangan dengan harga tidak masuk akal,” katanya.

Berita Harian X