Jumaat, 21 September 2018 | 11:45am
NAJIB hari ini membayar RM1.5 juta daripada RM3.5 juta wang jamin yang dikenakan terhadapnya bagi kes pengubahan wang haram dan salah guna kuasa. - Foto fail BERNAMA
NAJIB hari ini membayar RM1.5 juta daripada RM3.5 juta wang jamin yang dikenakan terhadapnya bagi kes pengubahan wang haram dan salah guna kuasa. - Foto fail BERNAMA

Najib bayar RM1 juta daripada RM3.5 juta wang jaminan

KUALA LUMPUR : Datuk Seri Najib Razak, hari ini membayar RM1 juta daripada RM3.5 juta wang jamin yang dikenakan terhadapnya bagi kes pengubahan wang haram dan salah guna kuasa.

Bekas Pertdana Menteri tiba di kompleks mahkamah kira-kira jam 10.55 pagi tadi dan terus ke kaunter bayaran jamin Mahkamah Sesyen di tingkat bawah bangunan.

Najib, yang berbaju merah, sempat senyum kepada pemberita yang sudah menunggu sejak jam 8 pagi tadi.

“ Saya sudah membayar wang jaminan seperti mana diarahkan Mahkamah Sesyan semalam,” katanya sebelum meninggalkan bangunan mahkamah sekitar jam 11 pagi tadi.

Peguam Najib, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, ketika ditemui pemberita, berkata anak Najib, Mohd Nizar adalah penjamin beliau.

Najib, yang juga Ahli Parlimen Pekan, semalam menghadapi 25 tuduhan rasuah membabitkan RM2.3 bilion yang didakwa ada kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bagaimanapun, Najib mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan iti di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur semalam.

Berita Harian X